Home Events Tips Sebelum Memulakan Perjalanan Ke Kampung Sempena Hari Raya Aidiladha
Tips Sebelum Memulakan Perjalanan Ke Kampung Sempena Hari Raya Aidiladha

Tips Sebelum Memulakan Perjalanan Ke Kampung Sempena Hari Raya Aidiladha

0
0

Bagi memastikan keselamatan anda dan keluarga selamat, kami kongsi beberapa tips sebelum memulakan perjalanan ke kampung!

1.Rancang perjalanan

Bagi memudahkan anda merancang perjalanan pulang, gunakan Waze atau Google Maps sebagai panduan untuk:

tips balik raya MAI

a) Tentukan laluan perjalanan

b) Periksa jarak perjalanan

c) Ketahui waktu yang sesuai untuk memulakan perjalanan

d)  Mengenalpasti stesen minyak berdekatan laluan yang bakal dilalui

e) Mengenalpasti lokasi R&R

f) Mengenalpasti laluan yang sesak

2. Servis kereta

Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik bagi mengelakkan sebarang kerosakan serta kemalangan . Tonton semula video-video penyelenggaraan & aspek keselamatan kereta yang telah kami terbitkan sebelum ini.

Penyelenggaraan & Aspek Keselamatan Kereta episod 1:

Penyelenggaraan & Aspek Keselamatan Kereta episod 2:

Penyelenggaraan & Aspek Keselamatan Kereta episod 3:

 

3.Periksa rumah

Sumber gambar: www.majalahlabur.com

Selain memastikan perjalanan anda di jalan raya dirancang dengan baik, pastikan anda meninggalkan rumah dalam keadaan yang selamat! Berikut perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:

a) Pastikan semua suis dimatikan seperti lampu, kipas, pendingin hawa

b) Tanggalkan kepala gas

c) Tutup semua kepala paip

d) Periksa setiap pintu dan tingkap rumah telah dikunci dengan baik

e) Maklumkan jadual perjalanan anda kepada jiran-jiran yang tidak pulang ke kampung

f) Elakkan menyimpan barang-barang berharga di dalam rumah atau pastikan barang-barang berharga di rumah disimpan di tempat yang selamat.

 

 

 

 

 

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close