Home Events Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin Dari MAI!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin Dari MAI!

0
0

Persediaan pulang ke kampung sudahpun bermula. Kami ingin kongsi beberapa tips tentang perjalanan pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri.

Pertama, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang baik dan sudahpun diservis. Di samping itu, pastikan tayar kereta tidak botak dan tekanan tayar angin kereta mencukupi. Ini akan memastikan tayar kenderaan  tidak pecah atau bocor semasa perjalanan. Oleh kerana keadaan cuaca sukar dijangka, pastikan viper kenderaan anda berfungsi supaya penglihatan anda tidak terjejas jika hujan.

Sumber gambar: PLUSLine

Selain itu, pastikan semua lampu pada kereta berada dalam keadaan yang berfungsi. Ini akan memudahkan pemandu lain mendapat isyarat daripada kenderaan anda dan merupakan salah satu faktor yang boleh mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini. Pastikan anda tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Apabila adanya kecemasan, sila berhenti di tempat yang selamat, ataupun gunakan “handsfree” serta fungsi “Bluetooth” yang kini menjadi fungsi standard pada kebanyakan kereta.

Pesanan-pesanan ini adalah penting untuk kita semua supaya keselamatan di jalan raya diutamakan. Semoga perjalanan anda selamat, lancar dan diberkati, Insyallah!

Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close