Home Industry Development Proton X70 – Model SUV pertama PROTON meraih Lima Bintang ASEAN NCAP    
Proton X70 – Model SUV pertama PROTON meraih Lima Bintang ASEAN NCAP      

Proton X70 – Model SUV pertama PROTON meraih Lima Bintang ASEAN NCAP    

0
0

 

Model SUV pertama PROTON iaitu Proton X70 telah berjaya memperoleh pengiktirafan lima bintang selepas diuji melalui Program Penilaian Keselamatan Kereta Baharu di negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP). Proton X70 antara model yang menduduki barisan tertinggi dalam segmennya bagi keselamatan penumpang.

Proton X70 merupakan model PROTON yang ke-5 menerima penarafan lima bintang ASEAN NCAP. Antara model-model lain seperti Proton Iriz, Proton Persona, Proton Preve dan Proton Suprima S.

 

Selain itu, Proton X70 diuji berdasarkan protokol ujian terkini bagi tahun 2017-2020. Berdasarkan protokol 2017-2020, teknologi bantuan keselamatan dinilai sebanyak 25% daripada skor keseluruhan.

Menurut PROTON, model SUV terbaru ini menggunakan struktur badan Pembentukan Tekanan Panas atau Hot Press Forming (HPF), yang memberikan tahap perlindungan yang tinggi kepada pengguna. HPF telah digunakan untuk membentuk kerangka kereta-kereta PROTON sejak tahun 2012.

Tambahan lagi, Proton X70 dilengkapi dengan enam beg udara bagi semua varian, titik penahan tempat duduk kanak-kanak ISOFIX serta tali pinggang keledar dengan sistem penegang dan pengehad beban. Unsur-unsur ini membantu Proton X70 menerima skor yang sempurna untuk ujian kesan sampingan serta teknologi perlindungan kepala.

SUV ini juga merupakan model pertama PROTON yang dilengkapi dengan pelbagai ciri bantuan keselamatan.

Berikut merupakan ciri-ciri bantuan keselamatan Proton X70:

  • Brek Kecemasan Berautonomi (AEB)
  • Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
  • Amaran Tukaran Lorong (LDW)
  • Sistem Amaran Titik Buta (BLIS)

“Terima kasih kepada usaha tekun pereka dan jurutera PROTON, Syarikat telah berjaya megembangkan reputasinya untuk menghasilkan kereta yang mampu melindungi pengguna sekiranya berlaku kemalangan. Selain dari sistem bantuan tambahan pemandu yang diperkenalkan pertama kali pada kereta Proton, Proton X70 turut dilengkapi dengan pelbagai ciri kemudahan seperti arahan suara, Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC) dan kamera 360 untuk pengendalian pemanduan selamat di kawasan yang sempit,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar.

 

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close