Home Business Enhancement & Opportunities Program Transformasi Bengkel (WTP) – Pendaftaran kini dibuka!
Program Transformasi Bengkel (WTP) – Pendaftaran kini dibuka!

Program Transformasi Bengkel (WTP) – Pendaftaran kini dibuka!

0
0

Mahu tingkatkan prestasi perniagaan bengkel anda? Sertai kami di WTP!

Program WTP adalah salah satu program peningkatan perniagaan yang dirangkum khas oleh Institut Automotif Malaysia untuk membantu pemilik bengkel kenderaan menambahbaik keupayaan daya saing perniagaan secara menyeluruh.

Program ini memberi fokus kepada aspek pengurusan perniagaan yang meliputi aspek pemasaran, kewangan dan modal insan.

Workshop Transformation Program (WTP) anjuran MAI adalah program bimbingan perniagaan bengkel selama sembilan bulan yang menggunakan kaedah ‘one-to-one’. Latihan Usahawan Professional yang diberi kepada usahawan bengkel adalah percuma.

 

Apa yang dapat anda perolehi daripada Program WTP?

a) Peluang peningkatan jualan syarikat

b) Peluang meningkatkan keuntungan perniagaan

c) Peserta akan diberi keutamaan untuk segala program MAI yang berkaitan dengan bengkel kenderaan

d) Mendapat pengiktirafan daripada MAI

e) Peserta akan disalurkan atau dipertemukan dengan agensi-agensi kewangan untuk pembiayaan perniagaan yang diperlukan oleh peserta.

 

Tarikh sasaran sesi penerangan program WTP (Fasa 1) mengikut negeri adalah seperti berikut:

**Sila ambil maklum: Tempat program bagi setiap negeri akan dimaklumkan kemudian

10 October 2018 – Pahang Batch 2

18 October 2018 – Pulau Pinang Batch 3

24 October 2018 – Perak Batch 3

12-14 November 2018 – Sarawak Batch 3

29 November 2018 – Selangor Batch 5

27 November 2018 – Negeri Sembilan Batch 3

5 Disember 2018 – Perlis Batch 3

 

Pendaftaran dan penerangan lebih lanjut boleh hubungi:

03-83187742
etd@mai.org.my
Zulhafizi Kamaruddin

 

Maklumbalas dari para peserta Workshop Transformation Program anjuran MAI;

“Ketika menjalani latihan program WTP, info-info pembangunan industri automotif oleh kerajaan disampaikan terus oleh pegawai MAI kepada kami, agar kami boleh bersiap sedia serta kekal relevan dengan perubahan semasa terhadap industri automotif negara,” kata Mohd Naezreen Zulkefly (Along), pemilik bengkel 3R Tyre di Rasah, Seremban

“Melalui program WTP MAI, saya dapat mengukur keupayaan sebenar perniagaan saya. Justeru itu, saya berpeluang untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan perniagaan saya dan merancang penambahbaikan,” kata Rosilawati Mohd Noor, pengusaha bengkel MR Autocare & Tyre, Johor Bahru.

“Apabila berniaga, semestinya aspek kewangan perlu diberi perhatian dari semasa ke semasa. Menerusi program WTP, kami diberi khidmat nasihat mengenai peluang mendapat kemudahan pembiayaan daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).” Kata Samri Sedeli, pemilik bengkel Merz Pit Stop Services, Muar, Johor.

“Setelah menjalani program WTP anjuran MAI, jualan perniagaan saya telah meningkat sebanyak 85% dan keuntungan pula meningkat sebanyak 93.2%. Pengurusan perniagaan yang efisien merupakan aspek utama kejayaan ini dapat dicapai,” kata pemilik Pelayaran Tyre Sdn. Bhd. di Sabah, Mohammad bin Sala

 

Gambar-gambar Workshop Transformation Programme (WTP) anjuran MAI;

 

 

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close