Home Business Enhancement & Opportunities MAI Workshop Transformation Programme (WTP) – Bengkel-bengkel di Johor berkumpul buat kali ketiga.  
MAI Workshop Transformation Programme (WTP) – Bengkel-bengkel di Johor berkumpul buat kali ketiga.  

MAI Workshop Transformation Programme (WTP) – Bengkel-bengkel di Johor berkumpul buat kali ketiga.  

0
0

Workshop Transformation Programme (WTP) batch pertama Fasa 1 bagi tahun 2018 telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), Kampung Parit Bunga, Tangkak pada 26 September 2018. Ini merupakan kali ketiga WTP berlangsung di negeri Johor.

Seramai 42 usahawan bengkel di sekitar Johor Bahru, Muar, Pagoh, Tangkak dan Nilai telah menghadiri program WTP anjuran MAI.

Program WTP adalah salah satu program peningkatan perniagaan yang dirangkum khas oleh Institut Automotif Malaysia untuk membantu pemilik bengkel kenderaan menambahbaik keupayaan daya siang perniagaan secara menyeluruh. Program ini memberi fokus pada aspek-aspek seperti pengurusan perniagaan yang meliputi pemasaran, kewangan dan modal insan.

Menerusi fasa pertama yang berlangsung semalam, peserta-peserta diberi penerangan mengenai asas-asas perniagaan dan cara mengenalpasti status perniagaan. Di samping itu, penerangan mengenai Sijil Kemahiran Malaysia melalui program anjuran MAI seperti Industry led Professional Certificate – Pentauliahan Terdahulu (IPC-PPT) & Industry led Professional Certificate – Sistem Latihan Dual Nasional (IPC-SLDN) turut diberikan kepada para peserta.

wtp johor

Tambahan lagi, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut sama memberikan maklumat tentang kemudahan pembiayaan yang ditawarkan kepada usahawan bengkel.

“Melalui program WTP MAI, saya dapat mengukur keupayaan sebenar perniagaan saya. Justeru itu, saya berpeluang untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan perniagaan saya dan merancang penambahbaikan,” kata Rosilawati Mohd Noor, pengusaha bengkel MR Autocare & Tyre, Johor Bahru.

WTP JOHOR

“Apabila berniaga, semestinya aspek kewangan perlu diberi perhatian dari semasa ke semasa. Menerusi program WTP, kami diberi khidmat nasihat mengenai peluang mendapat kemudahan pembiayaan daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).” Kata Samri Sedeli, pemilik bengkel Merz Pit Stop Services, Muar, Johor.

Turut berlangsung Majlis Graduasi WTP & Jalinan Perniagaan Sektor Selepas Jualan Wilayah Selatan pada 27 September 2018 bertempat di Pinetree Hotel, Batu Pahat.

Seramai 50 graduan telah menamatkan latihan program WTP selama 9 bulan.

Jalinan Perniagaan Sektor Selepas Jualan mengumpulkan pengeluar-pengeluar alat ganti automotif seperti UNIPAC Engineering (Malaysia), PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia), Bateriku.com, Mannol Malaysia, Continental Tyre Malaysia dan Group Components Automotive bagi memberi penerangan mengenai peluang-peluang perniagaan bengkel.

Majlis penyampaian sijil disampaikan oleh En Iqbal Zahari, Ketua Bahagian Transformasi dan Pembangunan Usahawan MAI.

Bagi maklumat lanjut mengenai program WTP, boleh berhubung dengan pegawai bertugas MAI:

03-83187742

etd@mai.org.my

Zulhafizi – 012 2500626

Iqbal – 017 2737047

 

 

 

 

 

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close