Home Events Peserta WTP Lancar Minyak Pelincir “Cruise Engine Oil”
Peserta WTP Lancar Minyak Pelincir “Cruise Engine Oil”

Peserta WTP Lancar Minyak Pelincir “Cruise Engine Oil”

0
0

Pelayaran Tyre Sdn. Bhd. melancarkan produk minyak pelincir berjenama “Cruise Engine Oil” semalam sempena ulang tahun ke-10 syarikat itu. Pelayaran Tyre Sdn. Bhd. merupakan syarikat tayar bumiputera yang terbesar di Sandakan. Majlis pelancaran dirasmikan oleh Ketua Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Dato’ Madani Sahari.

Pelayaran Tyre, yang ditubuhkan pada tahun 2008 oleh pemiliknya Mohammad bin Sala, bermula sebagai sebuah kedai hanya berukuran 8×10 kaki persegi. Dedikasi beliau dalam bidang automotif telah membantunya mengembangkan rangkaian perniagaan kepada 5 cawangan di Sandakan sehingga hari ini.

“Saya ingin melafazkan penghargaan saya kepada MAI, MARA (Majlis Amanah Rakyat), PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad) dan Hyrax Oil Sdn. Bhd. di atas kerjasama dan dorongan yang diberikan”, kata Mohammad.

Beliau juga berkata, “Syarikat Pelayaran Tayar telah melabur sebahagian daripada pembiayaan PUNB ke dalam pembuatan minyak pelincir Cruise Engine Oil, hasil kerjasama dengan Hyrax Oil Sdn. Bhd.”.

Mohammad juga merupakan seorang peserta program anjuran MAI – Workshop Transformation Program (WTP) pada tahun 2014 – kali pertama program tersebut diadakan di Sabah. Program WTP memberi fokus kepada aspek keusahawanan, pengurusan akaun, pengurusan pekerja, pemasaran dan jualan. Sehingga kini, MAI telah berjaya mentransformasikan 2409 bengkel di seluruh Malaysia melalui program WTP.

“Daripada 2409 bengkel yang menyertai program ini, bengkel kepunyaan Encik Mohammad Sala berada pada tangga yang tertinggi dari segi jualan dan keuntungan. Jualan Pelayaran Tayar meningkat sebanyak 85% dan keuntungan pula meningkat sebanyak 93.2%. Ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan. Pihak MAI ingin mengucapkan tahniah kepada syarikat Pelayaran Tayar dan juga Hyrax Oil, rakan kongsi syarikat Pelayaran Tayar,” kata Dato’ Madani Sahari.

“Sebagai susulan kepada majlis hari ini, MAI telah bersetuju untuk melantik Encik Mohammad sebagai rakan usahawan MAI. Kami berharap kerjasama ini dapat memperkembangkan dan memperkasakan lagi perniagaan syarikatnya”, tambah Dato’ Madani.

Turut hadir untuk Majlis Pelancaran Cruise Engine Oil ialah, Dato’ Haji Azhar Haji Ahmad, CEO, PUNB, Tuan Haji Ismail bin Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan, MARA, dan Dato’ Hazimah Zainuddin, Group Managing Director, Hyrax Oil Sdn. Bhd..

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close