Home Industry Development Peserta Program “DEEP” Lancar Pusat 3S Baharu
Peserta Program “DEEP” Lancar Pusat 3S Baharu

Peserta Program “DEEP” Lancar Pusat 3S Baharu

0
0

Pusat 3S (Sales, Service, Spare Parts) Perodua serba baharu telah dibuka secara rasmi di Saujana Utama, Sungai Buloh pada 19 Januari 2018, menyediakan keperluan jualan, perkhidmatan dan alat ganti bagi pengguna Perodua di kawasan ini.

Pusat 3S ini dibuka di kawasan seluas 45,000 kaki persegi, milik Yusmanida Auto Sdn. Bhd., wakil pengedar rasmi Perodua, yang dimiliki Encik Sarizal Yusman bin Yusoff.

Pusat 3S Perodua terbaharu ini dilancarkan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Haji Ahmad Maslan.

Pusat servis ini dikendalikan oleh 65 kakitangan, yang terdiri daripada 30 penasihat jualan dan 12 penasihat servis.

Pusat 3S Perodua Yusmanida Auto mampu menyenggara enam unit kenderaan serentak, sekali gus meminimumkan masa menunggu bagi pelanggan. Pelanggan-pelanggan juga boleh berehat di ruang menunggu yang tersedia dimana ia mengandungi tiga unit televisyen, perpustakaan, tempat mainan kanak-kanak dan tempat makanan serta minuman.

“Yusmanida Auto telah menjadi wakil jualan sah Perodua sejak 2003 yang mana sebelum ini mengendalikan cawangan jualan yang terletak di Jalan Meru, Klang,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

 

Encik Sarizal merupakan salah satu peserta program “Dealers Entrepreneurship Enhancement Program” (DEEP), sebuah program yang distruktur khas oleh Malaysia Automotive Institute (MAI). Program tersebut dirangkum bagi meningkatkan kecekapan dan keupayaan pengedar kereta di dalam negara.

“Program DEEP ini bukan sahaja meningkatkan tahap kemahiran saya tetapi telah juga telah menolong saya memperbaiki kemahiran insaniah saya,” kata Sarizal.

Beliau juga berkata program tersebut telah membantu dirinya keluar dari zon selesa untuk mengharungi cabaran supaya dapat meningkatkan potensi beliau untuk mencapai tahap yang lebih ulung.

“MAI adalah pencetus idea, legasi bangsa dan seharusnya menjadi mentor yang wajib kepada setiap usahawan bumiputera yang berkencimpung dalam dunia automotif,”, ujarnya lagi.

.

Perodua kini mempunyai 186 cawangan jualan dan 183 cawangan servis serta 24 cawangan ‘Body & Paint’ di seluruh Malaysia.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Amiruddin Setro, dan Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin.

tags:

LEAVE YOUR COMMENT