Home Business Enhancement & Opportunities Pengurusan Perniagaan Efisien Aspek Utama Jualan Meningkat
Pengurusan Perniagaan Efisien Aspek Utama Jualan Meningkat

Pengurusan Perniagaan Efisien Aspek Utama Jualan Meningkat

0
0
Bengkel 3R Tyre mula beroperasi pada tahun 2012 di Rasah, Seremban, dengan pekerja seramai tiga orang. Pada masa itu, saiz bengkel 3R hanya memuatkan dua buah kereta sahaja.

Bengkel ini dimiliki dua beradik, Mohd Naezreen Zulkefly (Along), 32 tahun dan Mohd Ainul Yaqeen Zulkefly (Akim), 31 tahun.

Mohd Naezreen Zulkefly (Along), 32 tahun

 

Siapa sangka, dua beradik pemilik bengkel ini tergolong di antara bengkel yang menunjukkan peningkatan jualan yang tertinggi di kalangan peserta program Workshop Transformation Programme (WTP).

Program WTP adalah salah satu program peningkatan perniagaan yang dirangkum khas oleh Institut Automotif Malaysia (MAI) untuk membantu pemilik bengkel kenderaan menambahbaik keupayaan daya saing perniagaan secara menyeluruh.

Program ini meliputi aspek-aspek keusahawanan bengkel kenderaan, termasuk pengurusan perniagaan, pemasaran, kewangan dan modal insan.

Penglibatan 3R Tyre dalam program WTP bermula pada tahun 2015 telah membawa mereka keluar daripada zon selesa dan mentransformasi perniagaan bengkel ke arah yang lebih kompetitif.

 

Bengkel 3R Tyre kini mencatat peningkatan jualan sebanyak 60% setakat Disember 2017, dan telah menambahkan jumlah pekerja juga kepada 13 orang.

Dalam menjadikan perniagaan mereka lebih efisien, 3R Tyre menjadikan bengkel mereka sebagai “One Stop Centre”, dimana perkhidmatan lain juga disediakan seperti cafeteria, barber, carwash dan tempat untuk menyewa kereta.

 

Cafeteria, barber dan tempat untuk menyewa kereta

 

Ketika ditemu bual, Along menekankan bahawa pengurusan perniagaan dalam program WTP merupakan faktor penting kepada kejayaan mereka sekarang.

Turut memberi impak adalah pengetahuan mengenai perkembangan semasa industri automotif, bagi memastikan 3R Tyre membangun seiring dengan keperluan industri dan pengguna.

“Ketika menjalani latihan program WTP, info-info pembangunan industri automotif oleh kerajaan disampaikan terus oleh pegawai MAI kepada kami, agar kami boleh bersiap sedia serta kekal relevan dengan perubahan semasa terhadap industri automotif negara.”

“Kami kini sudah mula menyenggara kereta-kereta hybrid, dan latihan khusus turut diberi kepada semua formen-formen bengkel.”, ujar Along.

Perlaksanaan kerja berdisiplin berpandukan SOP (Standard Operating Procedure) juga amat penting bagi memastikan kaedah yang betul dan pengurusan masa mereka lebih efektif. Along menerangkan bahawa pekerja 3R Tyre menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mereka sudah biasa dengan perlaksanaan SOP ini.

 

 

 

Seterusnya, rangkaian kenalan (networking) yang terjalin semasa menjalani WTP turut membuka pintu pengusaha-pengusaha bengkel dengan secara langsung kepada pengeluar alat ganti kenderaan, sekali gus memupuk perkembangan perniagaan di antara pengusaha-pengusaha bengkel dan pengeluar-pengeluar alat ganti.

Tambahnya lagi, “Peluang berinteraksi terus dengan pengeluar alat ganti membantu kami untuk mendapatkan alat ganti dengan harga yang lebih kompetitif, secara langsung membantu kami membuat tinjauan harga dengan pengeluar-pengeluar alat ganti yang lain.

 

Kami juga dapat menjalinkan hubungan perniagaan yang baru dengan peserta-peserta lain yang turut hadir ketika sesi latihan.”.

 

Program Jalinan Perniagaan Sektor Selepas Jualan

 

Modul Workshop Transformation Programme

-Modul pembelajaran yang sistematik dan menepati keperluan industri automotif negara

-“Follow up” dan pantauan kepada peserta-peserta WTP diberi secara berterusan.

-Pendedahan kepada isu semasa industri automotif negara

-Motivasi yang diberi membantu meningkatkan keyakinan perniaga untuk kekal positif dan berdaya saing

 

Gambar berkumpulan pengusaha dan pekerja-pekerja 3R Tyre

 

 

Bagi maklumat lanjut mengenai program WTP, boleh berhubung dengan pegawai bertugas MAI:

03-83187742
bwtp@mai.org.my
Zulhafizi- 012 2500626
Iqbal- 017 2737047

 

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close