Home Business Enhancement & Opportunities Pengilangan Semula – Potensinya Dalam Meningkatkan Kesinambungan Sambil Menciptakan Peluang Baru
Pengilangan Semula – Potensinya Dalam Meningkatkan Kesinambungan Sambil Menciptakan Peluang Baru

Pengilangan Semula – Potensinya Dalam Meningkatkan Kesinambungan Sambil Menciptakan Peluang Baru

0
0

*Artikel terjemahan bahasa melayu bagi REMANUFACTURING – Its Potentials In Enhancing Sustainability, While Creating New Opportunities.

Setiap komponen kenderaan mempunyai jangka hayatnya, yang boleh berlanjutan dari bulan hingga puluhan tahun. Walau bagaimanapun, komponen tertentu yang membentuk sesebuah kenderaan boleh diguna semula melalui pelbagai kaedah seperti penggunaan semula, pemulihan, kitar semula dan pengilangan semula.

Semua empat kaedah pemulihan produk yang disebut di atas diamalkan untuk satu tujuan – untuk memulihkan sesebuah produk kepada keadaan asal.

Pengilangan semula bukan sahaja memulihkan sesebuah produk kepada keadaan asal tetapi juga dapat memperbaharui keseluruhan produk mengikut piawaian kualiti yang sama seperti sebuah produk baharu. Ini bukan sahaja merangkumi fungsi produk, tetapi juga dari segi pembungkusan dan waranti produk tersebut.

Contoh komponen yang boleh dikilang semula

Proses pengilangan semula akan mengembalikan produk kepada spesifikasi asal menggunakan suatu kombinasi komponen yang diguna semula, diperbaiki dan juga komponen yang baharu. Proses tersebut menambah nilai kepada pemulihan produk dan mempunyai potensi untuk pembuatan lestari kerana ia mengoptimumkan penggunaan tenaga dan bahan mentah dan meminimumkan penggunaan tapak pelupusan. Pelbagai komponen kenderaan boleh dikilang semula, seperti penghawa dingin, brek, dan juga komponen-komponen enjin kenderaan.

Bagaimana proses pengilangan semula memanfaatkan pengguna?

Pertama sekali, harga produk yang dikilang semula ternyata lebih rendah berbanding produk yang baharu. Menurut “Centre for Remanufacturing and Reuse” (CRR), kos produk yang dikilang semula kebiasaannya 60-80% kos produk baharu, kerana penjimatan kos dari pemulihan bahan dan kandungan tenaga produk. Tambahan pula, tempoh jaminan bagi produk yang dikilang semula adalah sama dengan produk baharu. Ini bermaksud, produk yang dikilang semula mempunyai jangkaan hayat yang sama dengan produk baharu.

*Sumber gambar: Investment Recovery Association website

Produk yang dikilang semula juga tertakluk kepada ketersediaan yang luas dan memerlukan masa yang lebih singkat untuk dihasilkan. Kaedah pengilangan semula membolehkan pengguna terus menggunakan komponen-komponen kenderaan yang mungkin tidak lagi tersedia yang disebabkan oleh penghentian pengeluaran.

Proses pembuatan semula juga mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, terutamanya dari segi sisa dan kawasan penyimpanan. Pembuatan semula memelihara sebahagian besar  bahan daripada produk asal. Oleh itu, penggunaan tenaga untuk pengeluaran dan bahan mentah juga dikurangkan. Ini amat bermanfaat jika produk mengandungi bahan-bahan yang terhad.

MAI bersama dengan MITI telah memperkenalkan rangka kerja pengilangan semula yang bertindak sebagai tambahan kepada Dasar Automotif Negara 2014 (NAP 2014). Rangka kerja tersebut yang digelar “Roadmap Remanufacturing Malaysia” (MARR), memperincikan kriteria piawaian dan pengamalan pengilangan semula yang ungul untuk diguna pakai oleh pemain industri, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat pengilangan semula di rantau ASEAN. Dalam mengambil langkah seterusnya, MAI dan MITI sedang bekerjasama untuk mewujudkan “National Remanufacturing Policy” (NRP) untuk meningkatkan lagi keupayaan industri automotif dalam mengamalkan piawaian pengilangan semula yang menjanjikan peningkatan peluang perniagaan dan pekerjaan dalam bidang automotif Malaysia.

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close