Home Career Enhancement & Job Opportunities Peluang Pekerjaan Sektor Automotif: Apa Kata Graduan IPC Dari Sibu?
Peluang Pekerjaan Sektor Automotif: Apa Kata Graduan IPC Dari Sibu?

Peluang Pekerjaan Sektor Automotif: Apa Kata Graduan IPC Dari Sibu?

0
0

Baru-baru ini, seramai 31 peserta di Sibu, Sarawak telah berjaya menamatkan program IPC (Industry-Led Professional Certificate), salah satu program pembangunan modal insan anjuran Malaysia Automotive Institute (MAI) yang dibangunkan bersama pihak industri.

Program yang dirangkum khas bagi lepasan SPM yang ingin berkecimpung di dalam bidang automotif ini adalah sebahagian daripada Pelan Halatuju Pembangunan Modal Insan Malaysia (MAHCR), selaras dengan Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP 2014), yang menyasarkan Malaysia sebagai hab serantau bagi kenderaaan cekap tenaga (EEV) menjelang tahun 2020.

Kesemua 31 graduan IPC tersebut telah diserap untuk bekerja di syarikat-syarikat automotif. Seramai 18 graduan IPC telah diserap oleh Tan Chong Motor Holdings Berhad, manakala 6 graduan IPC diserap oleh Combat Coating (M) Sdn. Bhd.. 7 lagi peserta IPC berjaya diserap oleh Kasai Teck See (M) Sdn. Bhd..

Peserta IPC akan melalui latihan dalam kelas selama sebulan, sebelum diserap oleh syarikat automotive. Semasa bekerja, peserta-peserta akan melalui latihan secara amali ataupun “hands-on training” di syarikat masing-masing. Latihan ini dapat memberikan peserta IPC pendedahan yang luas sebelum memulakan kerjaya dalam bidang automotif.

Kami telah menemuramah 3 graduan IPC daripada Sibu, Sarawak untuk berkongsi pengalaman semasa menjalani IPC.

George Michael Anak Ria

“Program IPC ini telah berjaya menonjolkan bakat saya dalam bidang automotif, terutamanya melalui pengalaman yang saya peroleh daripada latihan amali,” kata George Michael Anak Ria. George kini sedang bekerja di Company Combat.

George juga berkata penawaran pekerjaan tetap merupakan salah satu titik tarikan program tersebut. “Syarikat datang sendiri ke pusat latihan kami untuk sesi temuduga, dan ini memudahkan saya untuk mendapatkan pekerjaan tetap dalam bidang yang saya minati. Saya berasa bangga dan berpuas hati kerana telah berjaya menamatkan program IPC”, tambah George.

Mathew Bajai Anak Clement

Mathew Bajai Anak Clement, yang kini diserap masuk oleh Kasai Teck See bersetuju bahawa modul IPC telah membantunya mendapat pengetahuan yang lebih mendalam dalam bidang automotif.

“Modul IPC bukan sahaja berjaya meningkatkan kemahiran teknikal saya, malah juga telah membantu saya menyedari kepentingan kemahiran insaniah,” katanya.

Jimmy Anak Manja

“Tenaga pengajar yang disediakan oleh MAI memang berpengalaman dalam bidang automotive, sama ada dari segi teori mahupun praktikal,” kata Jimmy Anak Manja, yang berjaya mendapat penempatan di Tan Chong Motor

“Saya berasa amat gembira selepas berjaya menamatkan program yang bermanfaat ini”, tambah Jimmy lagi.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai program IPC, atau ingin mengambil graduan IPC untuk bekerja dalam sektor automotif, sila hubungi pegawai MAI bertugas, En.Azlihafiz di talian 0129720469 atau melalui email; hafiz@mai.org.my

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close