Home Events Peluang Bagi Warga Sabah Ceburi Bidang Automotif (Hari Terbuka MAI – 15 Sept 2018)
Peluang Bagi Warga Sabah Ceburi Bidang Automotif (Hari Terbuka MAI – 15 Sept 2018)

Peluang Bagi Warga Sabah Ceburi Bidang Automotif (Hari Terbuka MAI – 15 Sept 2018)

0
0

Salah satu tanggapan mengenai industri automotif adalah ianya hanya terbuka kepada sebilangan orang. Di MAI, kami sentiasa menjalankan kempen bagi merubah tanggapan ini – sebenarnya industri automotif terbuka kepada semua!

Secara mudahnya, setiap satu komponen di dalam sebuah kereta (jumlahnya melebihi 5000 komponen) dibuat oleh pelbagai perusahaan, sama ada di peringkat pengeluar kereta (seperti Proton), ataupun vendor (syarikat yang  pengeluar untuk membuat komponen).

Industri automotif tidak terhad kepada sektor pengeluaran sahaja. Sektor lepas jualan – pusat servis, jualan dan pengedaran juga sebahagian daripada industri ini! Ratusan syarikat-syarikat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung memerlukan tenaga mahir – sama ada teknikal mahupun bukan teknikal.

Bagi aktiviti-aktiviti kejuruteraan, mereka yang berkemahiran teknikal diperlukan dari peringkat reka bentuk hinggalah ke kawalan kualiti di peringkat akhir. Akan tetapi, setiap aktiviti teknikal perlu disokong dari sudut kewangan, logistik, latihan, pentadbiran, pengurusan manusia, dan lain-lain. Di sini kita dapat melihat kepelbagaian pengkhususan – peluang kerjaya yang terbuka bagi semua.

Sabtu ini, Hari Terbuka MAI akan membuka peluang kepada rakyat Sabah untuk mendalami industri automotif tempatan, dan mengenali program-program anjuran Institut Automotif Malaysia (MAI).

Hari Terbuka MAI dianjurkan Malaysia Automotive Institute (MAI), sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), bakal berlangsung pada 15 September 2018, bertempat di Dewan Foo Chow, Penampang, Sabah. Program ini bakal dirasmikan oleh YB Tuan Darell Leiking, Menteri MITI.

Karnival Kerjaya

Anda berminat untuk memulakan kerjaya dalam bidang automotif? Inilah peluang anda! Program-program anjuran MAI bakal membuka peluang kepada lebih 200 orang yang berminat memulakan kerjaya di dalam bidang automotif bermula dari lepasan SPM sehingga lepasan ijazah.

Program-program ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tenaga kerja yang seiring dengan kehendak industri automotif terkini, menerusi latihan teori dan praktikal secara langsung dengan kerjasama daripada pihak industri. Antara program yang akan dipromosikan adalah IPC Pengilangan, AICE Industri Automotif dan IPC Mekanik.

Program Keusahawanan

Para usahawan yang terlibat dalam bidang automotif juga tidak diabaikan kerana program keusahawanan turut diadakan bagi usahawan  yang ingin meningkatkan prestasi perniagaan! Program-program yang ditawarkan meliputi aspek keusahawaan seperti peningkatan jualan dan keuntungan serta teknik-teknik pemasaran secara digital. Antara program tersebut ialah, Workshop Transformation Program (WTP), Dealers Entrepreneurship Enhancement Program (DEEP) dan Pemasaran Digital.

Pembelajaran Berterusan

Seterusnya, kami juga menganjurkan program khusus bagi mereka yang sudah pun berkecimpung di dalam industri automotif untuk meningkatkan kemahiran melalui latihan dan pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia. Program latihan ini juga disediakan bagi mereka yang berumur seawal 16 tahun dan ke atas. Paling menarik, biasiswa penuh bagi bakal-bakal sarjana melalui dana berjumlah RM 500,000 ditawarkan. Tambahan pula, dana berjumlah RM 500,000 ditawarkan bagi calon-calon ijazah kedoktoran, dengan peluang penyelidikan di Australia. Antara program yang ditawarkan dalam segmen ini ialah IPC-PPT dan IPC SLDN.

Pemeriksaan Kereta Percuma

Bagi memastikan keadaan kenderaan sentiasa berada ditahap keselamatan optimum, program pemeriksaan percuma anjuran MAI, “Car Care Week” (CCW) bakal diadakan bagi pengunjung-pengunjung Hari Terbuka MAI! CCW merupakan suatu program yang dirangka khas untuk pengguna kereta dan ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemeriksaan kenderaan secara berkala. Bukan itu sahaja, pengunjung program CCW akan mendapat baucar daripada Bengkel F1 Montis bernilai sebanyak RM50!

Lain-lain Aktiviti Menarik

Hari Terbuka MAI dibuka kepada seluruh keluarga. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan kepada pengunjung Hari Terbuka MAI. Lebih-lebih lagi, cabutan bertuah menanti pengunjung!

Semua ini dan banyak lagi program lain akan ditawarkan di pameran Hari Terbuka MAI pada 15 September 2018 di Dewan Foo Chow, Penampang, Sabah.

Semua program anjuran MAI tertakluk kepada terma & syarat.

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close