Home Events Kenali Industri Automotif di MITI Day 2018
Kenali Industri Automotif di MITI Day 2018

Kenali Industri Automotif di MITI Day 2018

0
0

Hari MITI, yang julung kali diadakan pada tahun 2016, bakal berlangsung pada 26 Februari 2018 bertempat di Menara MITI, Kuala Lumpur bermula 8:00 pagi sehingga 5:00 petang.

Seperti biasa, MAI akan berada di MITI Day bagi mempamerkan kenderaan terbaru, serta memberi pencerahan tentang teknologi keselamatan kenderaan, serta peluang kerjaya dan perniagaan di dalam sektor automotif.

Terdapat 3 program anjuran Malaysia Automotive Institute (MAI) di MITI Day yang harus anda kunjungi bagi mengenali industri automotif seperti Pameran Automotif & 3D Printer, Taklimat Safe Car dan Taklimat Resource Management in Automotive Sector

Pameran Automotif & 3D Printing:

Pengunjung yang datang ke Pameran automotif di MITI Day mempamerkan model-model Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) terbaru, termasuk kereta eletrik. Orang ramai dapat melihat kesemua model-model ini dengan lebih dekat serta mendalami teknologi fungsi kereta elektrik.

Orang ramai juga berpeluang untuk mengalami sendiri Simulator ESC (Kawalan Kestabilan Elektronik) yang ada pada kenderaan-kenderaan terbaru di Malaysia.

Selain itu, 3D Printing juga akan dipamerkan bagi membolehkan pengunjung melihat proses pembuatan prototaip dengan lebih dekat.

Pameran automotif dan 3D Printing bertempat di lobi MITI bermula jam 8:00pagi sehingga 5:30 petang.

Safe Car:

SafeCar@MITI DAY merupakan taklimat mengenai teknologi-teknologi keselamatan di dalam kenderaan masa kini seperti ESC, ABS dan lain-lain lagi. Taklimat akan diberikan oleh jurutera Proton & Perodua.

Taklimat Safe Car bertempat di Kapsul, Aras 1, Menara MITI, Kuala Lumpur pada 3:30 petang sehingga 4:30 petang.

Resource Management in Automotive Sector:

Taklimat Resource Management in Automotive Sector memberi fokus kepada program-program anjuran MAI bagi rakyat Malaysia berkecimpung dalam industri automotif.

Pengunjung boleh berinteraksi secara langsung dengan pegawai MAI, dan mendapatkan lebih pencerahan mengenai program-program modal insan MAI seperti IPC, AICE dan Apprenticeship yang dilaksanakan bagi memperkasakan kebolehpasaran graduan di dalam industri automotif.

Taklimat Resource Management in Automotive Sector bertempat di Bilik seminar 2, Aras 1, Menara MITI, Kuala Lumpur pada 4:30 petang sehingga 5:30 petang.

MITI Day merupakan anjuran MITI bersama-sama agensi-agensi di bawahnya (MAI, MIDA, MATRADE, SME CORP, MPC, MIDF, SME BANK & MSI).

Layari http://bit.ly/2osyb5M untuk informasi lanjutan tentang MITI Day 2018.

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close