Home Industry Development Mobiliti Terhubung Langkah Terbaik Industri Automotif
Mobiliti Terhubung Langkah Terbaik Industri Automotif

Mobiliti Terhubung Langkah Terbaik Industri Automotif

0
0

KUALA LUMPUR: Mobiliti terhubung yang menjadi perkara utama dalam Dasar Automotif Negara 2018 (NAP 2018) adalah satu langkah terbaik bagi meletakkan Malaysia dalam haluan industri automotif pada masa hadapan, kata Ketua Pegawai Kewangan BMW Malaysia, Michael Rainer.

Katanya, langkah berkenaan membuktikan Malaysia sangat komited untuk menjadi sebuah hab berteknologi tinggi.

“BMW sendiri sedang bergerak ke arah itu,” katanya semasa pameran empat hari, Malaysia Auto Show 2018 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) yang telah berakhir Ahad lalu.

Rainer berkata ia juga akan bertindak sebagai pengesahansahihan kepada hala-tuju kerajaan bagi memberi tumpuan kepada bidang-bidang ini dalam industri automotif.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bahawa butiran mengenai rangka kerja dasar tersebut akan diumumkan pada suku ketiga tahun ini.

Beliau berkata penekanan akan diberikan kepada empat tonggak utama iaitu kenderaan generasi baharu, mobiliti, revolusi industri 4.0 dan kecerdasan buatan.

Kajian mengenai dasar automotif negara, yang telah mula diperkenalkan pada 2014, akan dijalankan secara bersama oleh Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa serta Institut Automotif Malaysia. – BERNAMA

tags:

LEAVE YOUR COMMENT