Home Events MITI Perkukuh Silaturahim di “Majlis Networking MITI & Agensi Bersama Sektor Swasta Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2018”.
MITI Perkukuh Silaturahim di “Majlis Networking MITI & Agensi Bersama Sektor Swasta Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2018”.

MITI Perkukuh Silaturahim di “Majlis Networking MITI & Agensi Bersama Sektor Swasta Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2018”.

0
0

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta agensi di bawahnya telah meneruskan tradisi tahunan kementerian dengan menganjurkan Majlis Networking MITI & Agensi Bersama Sektor Swasta sempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Majlis tahunan ini bertujuan menyatukan pelbagai pihak berkepentingan dan rakan-rakan MITI untuk terus komited dalam meningkatkan lagi jalinan profesional untuk memastikan ekonomi Malaysia kekal maju serta berdaya saing” kata YB Dato Sri Mustapa Mohamed, Menteri MITI.

Majlis ini bertujuan meningkatkan jaringan suai kenal serta memperkukuhkan jalinan profesional di antara MITI, agensi dan juga sektor swasta.

Seramai lebih 1,000 jemputan telah hadir meraikan majlis Networking MITI kali ini. Antara jemputan adalah Kedutaan-Kedutaan asing di Malaysia, Majlis Perniagaan, Dewan Perniagaan, Persatuan Perniagaan, Syarikat-Syarikat sektor swasta serta Kumpulan Pengurusan dari sektor awam dan sektor swasta.

Antara pengisian program adalah seperti persembahan tarian singa oleh Persatuan Tarian Singa dan Naga Kun Seng Keng, acara Yee Sang dan persembahan Happy Drummers daripada kakitangan MITI dan agensi.

Majlis yang diadakan pada 6 Mac 2018 ini bertempat di Dewan Perdana MITI, Kuala Lumpur.

 

 

 

 

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close