Home Events Malaysia Autoshow 2018 Membuka Tirai Dengan Visi Malaysia Bagi Mobiliti Terhubung (Connected Mobility)
Malaysia Autoshow 2018 Membuka Tirai Dengan Visi Malaysia Bagi Mobiliti Terhubung (Connected Mobility)

Malaysia Autoshow 2018 Membuka Tirai Dengan Visi Malaysia Bagi Mobiliti Terhubung (Connected Mobility)

0
0

Malaysia Autoshow 2018 telah membuka tirai dengan Jerayawara Mobiliti Terhubung, yang dirasmikan oleh  YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Sepertimana yang digariskan dalam Transformasi Nasional 2050 (TN50), transformasi Malaysia ke arah menjadi perintis global perlu berlandaskan kebolehan Malaysia menjadi lebih kompetitif dan profisien di dalam ekonomi digital.

Jerayawara Mobiliti Terhubung memberi gambaran kepada rakyat Malaysia mengenai masa hadapan industri automotif, yang dijangka mengalami anjakan kepada industri Mobiliti – satu industri yang merangkumi keseluruhan ekosistem pergerakan manusia di masa hadapan, seperti gaya hidup, komunikasi, model perniagaan, dan kehidupan.

Sejak Dasar Automotif Nasional 2014 dilancarkan empat tahun lalu, industri automotif Malaysia telah memperlihatkan pelbagai pencapaian. Hari ini, penggunaan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), harga kereta lebih kompetitif, dan dilengkapi dengan lebih banyak ciri-ciri keselamatan. Jumlah pekerjaan dan eksport komponen automotif turut meningkat setiap tahun sejak pengumuman NAP2014.

Dasar Automotif Nasional 2018, yang dijangka diumumkan tahun ini, akan menjadikan visi mobiliti terhubung sebagai tonggak utama dalam penggubalan dasar, rangkakerja dan pelan halatuju yang berkaitan.

NAP2018 dijangka akan memperluaskan NAP2014 menjangkau kecekapan tenaga, kepada mobiliti terhubung – suatu industri yang membawa teknologi dan produk-produk baharu kepada dunia, seperti kenderaan terhubung (connected vehicles), bandar pintar (smart cities), pengangkutan kongsi pintar (intelligent shared transportation), pembuatan pintar (smart manufacturing), teknologi telematik, dan kecerdasan buatan (artificial intelligence).

Dasar ini juga akan menjangkau kesemua fungsi kerajaan, industri dan sektor-sektor perniagaan, dan modal insan, ke arah membolehkan mobiliti sebagai perkhidmatan (MaaS).

Rangkakerja Mobiliti Terhubung adalah berlandaskan NAP2018, yang dijangka akan membawa penggunaan teknologi tinggi dan lebih selamat kepada Rakyat Malaysia, termasuk kenderaan elektrik mampu milik, kenderaan pandu sendiri dan seterusnya kenderaan mampu terbang.Tambahan pula, Mobiliti Terhubung dijangka mencipta peluang kerja baharu seterusnya peluang-peluang perniagaan lebih moden bagi Rakyat Malaysia.

Masa hadapan Mobiliti Terhubung dijangka akan berdasarkan ekonomi yang dipacu data. Ia memerlukan konsolidasi dan pemprosesan data di antara pelbagai agensi kerajaan, industri dan akademik. Data ini kemudiannya disatukan menjadi maklumat dalam membuat keputusan yang strategik dan tepat, seterusnya menambah baik ekosistem industri.

Bagi membolehkan ekonomi berasaskan data, pengoperasian Mobility Digital Optimisation Transformation Services, atau MDOTS telah diumumkan.

MDOTS adalah penyelesaian berasaskan data yang dipacu oleh transformasi digital analitis data bagi revolusi Mobiliti sebagai Perkhidmatan (MaaS).

Inisiatif MDOTS mengutamakan 5 daripada 9 tonggak di bawah industri 4.0, merangkumi Big Data Analytics, Cloud Computing, System Integrator, Cybersecurity dan Internet of Things. Ianya melengkapkan inisiatif Government Data Optimisation Transformation Services (GDOTS) yang merangkumi analitis data raya Mobiliti termasuk Kementerian, Kerajaan Negeri, Institutsi pengajian tinggi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pemain-pemain industri.

Buat pertama kalinya, Malaysia Autoshow dianjurkan pada bulan April. Edisi tahun ini menawarkan pengalaman-pengalaman yang lebih menarik bagi segenap lapisan umur dengan tema “360-degree Mobility Experience”.

Lebih daripada 100 model kenderaan akan dipamerkan di dewan A dan C, termasuk Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang terbaharu. Pengunjung-pengunjung boleh merasa sendiri prestasi, ciri-ciri keselamatan dan keselesaan model-model terbaharu di litar ujian sepanjang 3 kilometer – satu tarikan yang unik kepada pengunjung Malaysia Autoshow 2018.

Pengunjung-pengunjung boleh mencuba sendiri ciri-ciri keselamatan seperti Autonomous Emergency Braking (AEB), lane departure assist technology dan adaptive cruise control. Pengunjung-pengunjung juga boleh mengalami aktiviti off-road seperti Toyota 4×4 Off-Road Experience dan pertunjukan oleh kelab-kelab kenderaan pacuan 4 roda. Selain itu pengunjung boleh mencuba sendiri Go-Kart Racing dan litar berhalangan Mitsubishi.

Buat pertama kalinya, Malaysia Autoshow 2018 memperkenalkan Pengalaman Mobiliti Pintar atau IMEX yang bertempat di Dewan D. Pengunjung dapat mengalami zon-zon Virtual dan Augmented Reality, pameran kilang pintar, pameran mobiliti pintar, dan peluang mendalami teknologi mobiliti pada masa kini dan masa hadapan.

Turut hadir ialah Dato’ Madani Sahari, CEO MAI, Datuk Seri J. Jayasiri, Ketua Setiausaha MITI, Datin K. Talagavathi, Timbalan Ketua Setiausaha Industri MITI, Puan Wan Suraya Wan Mohd Radzi, dan Timbalan Ketua Setiausaha Strategi dan Pemantauan MITI.

 

 

tags:

LEAVE YOUR COMMENT