Home Events MAI Auto Galleria 2018 Mendapat Sambutan Hangat Warga Utara
MAI Auto Galleria 2018 Mendapat Sambutan Hangat Warga Utara

MAI Auto Galleria 2018 Mendapat Sambutan Hangat Warga Utara

0
0
Karnival Jom Niaga 2018 baru sahaja berlangsung di Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah dari 26 hingga 28 Januari 2018.

Malaysia Automotive Institute (MAI) telah menganjurkan “MAI Auto Galleria 2018”, dimana pelbagai jenis kereta dipamerkan untuk penduduk kawasan utara negara Malaysia.

Karnival Jom Niaga 2018 dianjurkan oleh SME Corp bersama dengan Malaysian Industrial Development Finance (MIDF). Jom Niaga 2018 dirasmikan oleh Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Sebanyak 8 pengeluar dan pengedar kenderaan mempamerkan model terkini, termasuk Proton, Perodua, Naza, Mazda, Haval, Medan Quantum, Boon Siew Honda dan Modenas.

Pengunjung karnival juga diberi peluang memandu uji model kenderaan yang terpilih, disamping membuka tempahan bagi model-model terbaru. Pengunjung juga disajikan dengan pameran pengedar kereta mewah Ford Mustang GT 5.0 yang dibawa khas oleh Medan Quantum.

MAI turut mempromosikan program-program peningkatan kerjaya dan perniagaan di dalam MAI Auto Galleria. Selain itu, MAI telah menganjurkan cabutan bertuah dan juga satu ruang hiburan bagi kanak-kanak.

Di samping itu, MAI juga mempamerkan system pemeriksaan kereta yang dikenali sebagai ‘Vehicle Inspection Management System’ (VIMS). VIMS adalah satu sistem diagnostik kenderaan yang terkini yang membolehkan lebih 300 titik pemeriksaan kenderaan dilakukan di dalam masa yang singkat.

“Pameran MAI Auto Galleria adalah salah satu program bagi memberi pengalaman baharu kepada warga di utara Malaysia. Industri automotif telah memberikan pelbagai pilihan baharu kepada pembeli kenderaan, seiringan dengan Dasar Automotif Nasional,” kata Dato’ Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif MAI.

“Selain itu, pengunjung mendapat peluang untuk mendalami peluang kerjaya dan perniagaan yang ditawarkan oleh industri automotif, suatu sektor yang sebenarnya amat luas dan memerlukan kepakaran dari semua bidang, sama ada teknikal atau bukan teknikal,” tambahnya lagi.

Pameran MAI Auto Galleria ini yang telah menarik perhatian lebih 5 ribu pengunjung turut hadiri Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri MITI, dan Datuk Dr. Hafsah Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp.

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close