Home Press Release MAI Auto Festival 2018 – Menjalin Penglibatan Rakyat di dalam Industri Automotif Negara.
MAI Auto Festival 2018 – Menjalin Penglibatan Rakyat di dalam Industri Automotif Negara.

MAI Auto Festival 2018 – Menjalin Penglibatan Rakyat di dalam Industri Automotif Negara.

0
0

SIARAN SEGERA

(31 Mac 2018)

MAI Auto Festival 2018 – Menjalin Penglibatan Rakyat di dalam Industri Automotif Negara.

Bagan Datuk, 31 Mac 2018 – MAI Auto Festival 2018 yang berlangsung dari 30 Mac hingga 1 April 2018 telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB. Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di SMK Hutan Melintang, Bagan Datuk, Perak pada 31 Mac 2018, Sabtu.

MAI Auto Festival 2018 dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran dan pendedahan kepada orang ramai mengenai peluang pekerjaan dan perniagaan di dalam industri automotif, seterusnya, serta memupuk penglibatan rakyat Malaysia dalam penggunaan dan pengeluaran Kenderaan Cekap Tenaga, atau EEV (Energy Efficient Vehicles).

Program industri automotif yang buat kali pertama dibawa kepada rakyat negeri Perak ini dianjurkan oleh Institut Automotif Malaysia (MAI), sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang ditubuhkan bagi memperkasakan kebolehan daya saing sektor automotif tempatan.

Sekitar 61 syarikat automotif telah menjayakan MAI Auto Festival 2018 melalui pelbagai aktiviti seperti pameran oleh pelbagai jenama kenderaan, pembekal komponen & aksesori, agensi kerajaan, pameran hasil industri tempatan, dan pameran kerjaya.

Program ini dijangka membawa manfaat kepada 50,000 pengunjung sasaran yang bakal membanjiri MAI Auto Festival untuk lebih mengenali industri automotif negara dengan lebih dekat.

12 pengeluar kenderaan seperti Proton, Perodua, Kawasaki, Land Rover, Honda, Peugeot, Kia, Mazda, Haval, Toyota, Demak dan Tan Chong Group mempamerkan model terkini untuk penduduk kawasan sekitar Bagan, Datuk, Perak.

Peluang dan temuduga kerjaya turut diadakan sepanjang 3 hari pada 3:00 petang hingga 6:00 petang, menawarkan pelbagai peluang pekerjaan di dalam sektor automotif.

Bagi memastikan kenderaan sentiasa ditahap keselamatan optimum, pemeriksaan kenderaan secara berkala mestilah diberi perhatian. MAI menganjurkan pemeriksaan kenderaan secara percuma – melalui program Car Care Week bagi kenderaan berjenama Proton dan Perodua. Di samping itu, hadiah-hadiah menarik menanti pengunjung bertuah yang membuat pemeriksaan kenderaan di pusat Care Care Week di MAI Auto Festival 2018.

Lebih lagi, MAI Auto Festival 2018 menyajikan pelbagai aktiviti-aktiviti lain bagi para pengunjung, seperti pandu uji pelbagai jenama kenderaan, 4×4 Off Road Challenge, Konsert Rock oleh artis ternama; XPDC, Nik Putra, Yabang Khalifah, Laika (Akademi Fantasia) dan Eka (Akademi Fantasia), perkhidmatan pusat transformasi komuniti bergerak, food truck, pameran & jualan hasil industri tempatan, larian automotif dan lain-lain lagi.

“Salah satu komponen penting dalam membawa industri automotif ke peringkat global adalah penyertaan rakyat di dalam industri ini. Penyertaan ini tidak terhad hanya kepada mereka yang berkecimpung di dalam industri ini sebagai peniaga ataupun pekerja, malahan budaya dan minat yang tinggi dalam sektor automotif di kalangan rakyat jelata,” jelas YAB. Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

“Sektor automotif memerlukan sokongan dari semua pihak, terutamanya dari segi keperluan modal insan. Pihak kerajaan, melalui MAI, sedang giat menjalankan program seperti MAI Auto Festival ini bagi membawa peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia, termasuk mereka yang berada di kawasan bandar,” kata Ketua Eksekutif MAI, Dato’ Madani Sahari.

Tambahan lagi, seorang pengunjung bertuah bakal pulang dengan sebuah Perodua Axia baharu, yang menjadi hadiah utama bagi cabutan bertuah yang akan berlangsung sempena MAI Auto Festival 2018. Hadiah utama bagi cabutan bertuah ini ditaja oleh Institut Automotif Malaysia (MAI).

MAI Auto Festival 2018 merupakan satu siri jelajah promosi kepada penganjuran Malaysia Autoshow 2018 yang bakal diadakan pada 26-29 April 2018 di MAEPS, Serdang, Selangor.

MAI Auto Festival 2018 turut dijayakan oleh penaja-penaja berikut; Perodua, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Boon Siew, Kelab Rakan Malaysia, BHPetrol, Regional Part Centre (REPAC), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Modenas.

 

###

 

Mengenai Malaysia Automotive Institute

 

Malaysia Automotive Institute (MAI) merupakan agensi dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Bertindak sebagai sebuah pusat penyelarasan serta badan pemikiran bagi industri automotif negara yang berfungsi untuk meningkatkan keupayaan teknologi, modal insan, rantaian bekalan, jangkauan pasaran dan sektor lepas jualan bagi semua pihak berkepentingan dalam industri automotif serta ekosistemnya. Maklumat lanjut, sila layari www.mai.org.my

 

Malaysia Automotive Institute (MAI)

Maklumat lanjut hubungi:

Nama: Azli Salleh

No.tel: 013-8600582

Email: norazli@mai.org.my

 

Nama: Sarah Mamat

No.tel: 011-26900611

Email: sarah@mai.org.my

LEAVE YOUR COMMENT

Close