Home Press Release MAI Auto Festival 2018 Akan Berlangsung di Bagan Datuk Hujung Minggu Ini
MAI Auto Festival 2018 Akan Berlangsung di Bagan Datuk Hujung Minggu Ini

MAI Auto Festival 2018 Akan Berlangsung di Bagan Datuk Hujung Minggu Ini

0
0

SIARAN SEGERA

MAI Auto Festival 2018 akan berlangsung di Bagan Datuk hujung minggu ini

  • Pameran dan jualan kenderaan oleh 12 pengeluar dan pengedar kenderaan
  • Pameran dan temuduga kerjaya dalam sektor automotif
  • Pemeriksaan kereta percuma bagi kereta berjenama Proton dan Perodua
  • Konsert oleh artis ternama
  • Cabutan bertuah – sebuah Perodua Axia untuk pengunjung bertuah

Bagi memacu pertumbuhan mampan di dalam industri automotif, program-program peningkatan kesedaran dan pendedahan mengenai industri automotif kepada orang ramai menjadi satu keperluan bagi memastikan aspirasi ini menjangkau seluruh pelusuk negara.

Sehubungan itu, Industri Automotif Malaysia (MAI) akan menganjurkan MAI Auto Festival 2018 yang akan berlangsung dari 30 Mac hingga 1 April 2018, bertempat di SMK Hutan Melintang, Bagan Datuk, Perak.

Majlis perasmian MAI Auto Festival bakal dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB. Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di SMK Hutan Melintang, Bagan Datuk, Perak pada 31 Mac 2018, Sabtu.

Sebanyak 61 syarikat automotif dijangka turun padang untuk menjayakan MAI Auto Festival 2018 melalui pelbagai aktiviti, seperti pameran oleh pelbagai jenama kenderaan, pembekal komponen & aksesori, agensi kerajaan, pameran hasil industri tempatan, dan pameran kerjaya.

MAI Auto Festival bakal membawa manfaat kepada 50,000 pengunjung sasaran yang akan membanjiri MAI Auto Festival, yang dapat mengenali industri automotif dengan lebih dekat.

12 pengeluar kenderaan seperti Proton, Perodua, Kawasaki, Land Rover, Honda, Peugeot, Kia, Mazda, Haval, Toyota, Demak dan Tan Chong Group akan mempamerkan model terkini untuk penduduk kawasan sekitar negeri Perak. Pendekatan ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan tentang teknologi yang ada pada model-model terkini, terutamanya Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Peluang dan temuduga kerjaya turut diadakan sepanjang 3 hari pada 3:00 petang hingga 6:00 petang, menawarkan pelbagai peluang pekerjaan di dalam sektor automotif kepada graduan lepasan universiti mahupun lepasan SPM.

Bagi memupuk kesedaran mengenai kepentingan pemeriksaan kenderaan, MAI akan menganjurkan pemeriksaan kenderaan secara percuma – melalui program Car Care Week bagi kenderaan berjenama Proton dan Perodua. Panduan penjagaan kereta juga akan diberikan kepada semua pengunjung. Di samping itu, hadiah-hadiah menarik menanti pengunjung bertuah yang membuat pemeriksaan kenderaan di pusat Care Care Week di MAI Auto Festival 2018.

Lebih lagi, MAI Auto Festival 2018 menyajikan pelbagai aktiviti-aktiviti lain bagi para pengunjung, seperti pandu uji pelbagai jenama kenderaan, 4×4 Off Road Challenge, Konsert Rock oleh artis ternama; XPDC, Nik Putra, Yabang Khalifah, Laika (Akademi Fantasia) dan Eka (Akademi Fantasia), perkhidmatan pusat transformasi komuniti bergerak, food truck, pameran & jualan hasil industri tempatan, larian automotif dan lain-lain lagi.

Paling menarik, seorang pengunjung bertuah bakal pulang dengan sebuah Perodua Axia baharu, yang menjadi hadiah utama bagi cabutan bertuah yang akan berlangsung sempena MAI Auto Festival 2018. Hadiah utama bagi cabutan bertuah ini ditaja oleh Institut Automotif Malaysia (MAI).

MAI Auto Festival 2018 merupakan satu siri jelajah promosi kepada penganjuran Malaysia Autoshow 2018 yang bakal diadakan pada 26-29 April 2018 di MAEPS, Serdang, Selangor.

MAI Auto Festival 2018 turut dijayakan oleh penaja-penaja berikut; Perodua, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Boon Siew, Kelab Rakan Malaysia, BHPetrol, Regional Part Centre (REPAC), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Modenas.

 

###

 

Mengenai Malaysia Automotive Institute

Malaysia Automotive Institute (MAI) merupakan agensi dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Bertindak sebagai sebuah pusat penyelarasan serta badan pemikiran bagi industri automotif negara yang berfungsi untuk meningkatkan keupayaan teknologi, modal insan, rantaian bekalan, jangkauan pasaran dan sektor lepas jualan bagi semua pihak berkepentingan dalam industri automotif serta ekosistemnya. Maklumat lanjut, sila layari www.mai.org.my

 

###

 

Malaysia Automotive Institute (MAI)

Maklumat lanjut hubungi:

Nama: Azli Salleh

No.tel: 013-8600582

Email: nurazli@mai.org.my

 

Nama: Sarah Mamat

No.tel: 011-26900611

Email: sarah@mai.org.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close