Home Business Enhancement & Opportunities Kerjaya Dalam Bidang Automotif Melalui Program-Program Anjuran MAI
Kerjaya Dalam Bidang Automotif Melalui Program-Program Anjuran MAI

Kerjaya Dalam Bidang Automotif Melalui Program-Program Anjuran MAI

0
0

 

Kereta dan komponen yang dihasilkan kini lebih kompleks, kemajuan sistem teknologi terkini serta penghasilan produk mengikut piawaian terkini dengan nilai yang kompetitif mestilah dicapai. Bagi merealisasikan keperluan pasaran masa kini, pemerkasaan modal insan bagi mengisi keperluan industri diperlukan, bermula dari vendor yang memproses membuat komponen sehingga ke peringkat lepas jualan.

Oleh itu, peluang pekerjaan sektor automotif tidak terhad kepada pekerjaan tradisional di dalam bidang pembuatan sahaja. Ianya tidak juga terhad kepada yang mempunyai latar belakang kejuruteraan ataupun kelulusan university sahaja. Sektor ini memerlukan tenaga mahir di dalam pelbagai jurusan, peringkat dan sektor-sektor sokongan disebabkan kebergantungan luas sektor automotif kepada pelbagai jurusan dan pengkhususan.

Malahan, perhatian utama diberikan kepada bakat-bakat berkemahiran di dalam bidang-bidang sokongan seperti pemasaran, jualan, pengurusan kualiti dan perhubungan awam, juga terbuka untuk logistik, akauntan, jurujual dan bidang IT seperti analisa data, pengurusan inventori, pakar perisian automasi, pencetakan 3d, bidang elektronik, kaca, bidang pengecatan seperti pakar ketuk dan cat badan kenderaan, bidang seni seni reka serta bidang tekstil seperti jurujahit, pakar pemilihan tekstil dan lain-lain.

Kita telah melihat banyak peningkatan di dalam sektor automotif dari segi teknologi, pembuatan dan selepas jualan. Ini mencipta lebih banyak peluang pekerjaan yang memerlukan pekerja berkemahiran serta memenuhi keperluan modal insan yang seiring dengan perkembangan teknologi zaman kini.

Bagi memastikan peluang kerjaya dalam bidang automotif mengikut keperluan industri terkini, MAI telah menggiatkan pelbagai program bagi individu dan perniagaan untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang-bidang tertentu automotif.

Di antara program-program tersebut adalah:

a)     Sijil Industri Profesional (IPC) – Program IPC memberi tumpuan dalam menghasilkan tenaga kerja dari pelbagai bidang kemahiran khusus kepada industri automotif, yang meliputi sektor pembuatan hingga sektor lepas jualan. Terbuka kepada semua yang berumur 18 tahun dan ke atas.

b)    Sijil Kejuruteraan Industri Automotif (AICE) – Melatih graduan lepasan ijazah dalam pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan keperluan industri.

c)     Digital Engineering & Prototyping Programe (DEP), MAI Unlimited – Meningkatkan keupayaan OEM dan vendor melalui penyelesaian teknologi bersepadu untuk kedua-dua pembuatan dan perkhidmatan selepas jualan sektor, daripada konsep produk sokongan kenderaan selepas jualan.

  d)    Workshop Transformation Programme – Membantu meningkatkan keupayaan dan memajukan perniagaan bengkel kenderaan. WTP adalah program bimbingan perniagaan selama 9 bulan yang menggunakan kaedah ‘one-to-one’ Latihan Usahawan Professional yang diberi secara percuma kepada usahawan bengkel.

Program-program ini memberi langkah permulaan bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang automotif. Di samping itu, bukan dari sudut akademik sahaja yang diperlukan di industri malah kemahiran merupakan salah satu sumber penting bagi menjamin pengeluaran dan kualiti yang tinggi dapat dihasilkan.

Program anjuran MAI ini terbuka kepada semua yang berumur 18 tahun ke atas, lepasan graduan, dan usahawan yang ingin memperkasakan perniagaan mereka setanding dengan saingan automotif negara. Berikut merupakan pegawai bertugas program-program MAI bagi rujukan anda:

Program IPC

En Azlihafiz

hafiz@mai.org.my

012 9720469

Program AICE

En Mohandass

016 2828467

mohan@mai.org.my

Program DEP

En Safwan

011 29400098

safwan@mai.org.my

Program WTP

En Zulhafizi Kamaruddin

03-83187742
bwtp@mai.org.my
012 2500626

 

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close