Home Business Enhancement & Opportunities Kerjasama MAI dan YPU Bakal Tingkatkan Prestasi Usahawan-Usahawan Bengkel di Terengganu
Kerjasama MAI dan YPU Bakal Tingkatkan Prestasi Usahawan-Usahawan Bengkel di Terengganu

Kerjasama MAI dan YPU Bakal Tingkatkan Prestasi Usahawan-Usahawan Bengkel di Terengganu

0
0

Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) semalam telah memetarai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperluas kerjasama dalam meningkatkan keupayaan usahawan-usahawan bengkel di Terengganu, menerusi Workshop Transformation Programme (WTP) yang dianjurkan oleh MAI.

Kerjasama ini bertujuan meningkatkan penyertaan lebih banyak perusahaan bengkel di negeri itu, sekaligus memperkasa keupayaan bengkel-bengkel di Terengganu dan meningkatkan mutu perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan kepada pemilik kenderaan di pantai timur. Seterusnya, kedua-dua pihak akan berkolaborasi di dalam penubuhan bengkel-bengkel bersepadu (integrated workshops), pembangunan perusahaan pembuatan automotif, dan mengukuhkan sektor lepas jualan di Terengganu di masa hadapan.

Sehingga Disember 2017, sebanyak 132 bengkel di Terengganu telah menyertai program WTP. Secara purata, perusahaan bengkel di Terengganu yang menyertai WTP menunjukkan peningkatan jualan sebanyak 71 peratus.

“Penyeleggaraan kenderaan adalah suatu aktiviti yang membawa impak secara langsung kepada pemilik kenderaan. Kualiti servis dan alat ganti memainkan peranan penting dalam memastikan persepsi pengguna terhadap suatu jenama dipelihara dengan baik, sama ada jenama kenderaan atau perusahaan bengkel sendiri”, ujar Dato’ Madani Sahari, Ketua Eksekutif MAI.

“Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP 2014) merangkum hala tuju bagi memperkasakan lagi sektor lepas jualan, termasuk perusahaan bengkel. Melalui persefahaman ini, program WTP kini akan memanfaatkan lebih ramai peniaga dan pengguna di negeri Terengganu”, katanya Dato Madani lagi.

Selain peluang peningkatan perniagaan, usahawan-usahawan yang menyertai WTP mendapat pengiktirafan daripada MAI, dan diberi keutamaan dalam program MAI yang berkaitan, termasuk “business matching” dengan agensi-agensi kewangan bagi tujuan pengembangan perniagaan.

Workshop Transformation Program (WTP) anjuran MAI adalah program bimbingan perniagaan bengkel selama 9 bulan yang menggunakan kaedah ‘one-to-one’. Latihan Usahawan Professional yang diberi secara percuma kepada usahawan bengkel.

Program WTP menitikberatkan aspek pengurusan perniagaan, termasuk pengurusan akaun, pekerja, jualan, pemasaran dan tabiat keusahawanan. Program WTP bermula pada tahun 2014, dan dibuka kepada bengkel-bengkel di seluruh negara.

Untuk informasi lanjutan mengenai WTP, klik di sini

 

tags:

LEAVE YOUR COMMENT