Home Press Release Kerjasama MAI dan YPU Bakal Tingkatkan Prestasi Usahawan-Usahawan Bengkel di Terengganu
Kerjasama MAI dan YPU Bakal Tingkatkan Prestasi Usahawan-Usahawan Bengkel di Terengganu

Kerjasama MAI dan YPU Bakal Tingkatkan Prestasi Usahawan-Usahawan Bengkel di Terengganu

0
0

SIARAN SEGERA

 Terengganu, 25hb FEB – Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) memetarai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperluas kerjasama dalam meningkatkan keupayaan usahawan-usahawan bengkel di Terengganu, menerusi Workshop Transformation Programme (WTP) yang dianjurkan oleh MAI.

Kerjasama ini bertujuan meningkatkan penyertaan lebih banyak perusahaan bengkel di negeri itu, sekaligus memperkasa keupayaan bengkel-bengkel di Terengganu dan meningkatkan mutu perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan kepada pemilik kenderaan di pantai timur.

Seterusnya, kedua-dua pihak akan berkolaborasi di dalam penubuhan bengkel-bengkel bersepadu (integrated workshops), pembangunan perusahaan pembuatan automotif, dan mengukuhkan sektor lepas jualan di Terengganu di masa hadapan.

Untuk meningkatkan penyertaan perusahaan bengkel di negeri Terengganu di dalam WTP, YPU memainkan peranan dalam penyebaran maklumat kepada bengkel-bengkel, penyediaan tempat latihan serta pantauan prestasi dari masa ke semasa bagi memastikan proses pembelajaran peserta-peserta program WTP berjalan lancar.

Sehingga Disember 2017, sebanyak 132 bengkel di Terengganu telah menyertai program WTP. Secara purata, perusahaan bengkel di Terengganu yang menyertai WTP menunjukkan peningkatan jualan sebanyak 71 peratus.

“WTP mempunyai objektif yang seiring dengan YPU, dan kami berharap persefahaman ini memberi peluang kepada lebih ramai pengusaha bengkel di Terengganu untuk meningkatkan prestasi perniagaan mereka, serta memupuk bakat-bakat usahawan tempatan untuk memperoleh pendapatan yang lebih tinggi,” kata YB Haji Nawi Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan ​Luar Bandar, Usahawan, Koperasi Dan Kepenggunaan ​Negeri, yang juga Pengerusi YPU.

“Penyeleggaraan kenderaan adalah suatu aktiviti yang membawa impak secara langsung kepada pemilik kenderaan. Kualiti servis dan alat ganti memainkan peranan penting dalam memastikan persepsi pengguna terhadap suatu jenama dipelihara dengan baik, sama ada jenama kenderaan atau perusahaan bengkel sendiri”, ujar Dato’ Madani Sahari, Ketua Eksekutif MAI.

“Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP 2014) merangkum hala tuju bagi memperkasakan lagi sektor lepas jualan, termasuk perusahaan bengkel. Melalui persefahaman ini, program WTP kini akan memanfaatkan lebih ramai peniaga dan pengguna di negeri Terengganu”, katanya Dato Madani lagi.

Selain peluang peningkatan perniagaan, usahawan-usahawan yang menyertai WTP mendapat pengiktirafan daripada MAI dan diberi keutamaan dalam program MAI yang berkaitan, termasuk “business matching” dengan agensi-agensi kewangan bagi tujuan pengembangan perniagaan.

Workshop Transformation Program (WTP) anjuran MAI adalah program bimbingan perniagaan bengkel selama 9 bulan yang menggunakan kaedah ‘one-to-one’. Latihan Usahawan Professional yang diberi secara percuma kepada usahawan bengkel.

Program WTP menitikberatkan aspek pengurusan perniagaan, termasuk pengurusan akaun, pekerja, jualan, pemasaran dan tabiat keusahawanan. Program WTP bermula pada tahun 2014, dan dibuka kepada bengkel-bengkel di seluruh negara.

Mengenai Malaysia Automotive Institute

Malaysia Automotive Institute (MAI) merupakan agensi dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), yang bertindak sebagai pusat penyelarasan dan agensi pemikir bagi industri automotif negara. Fungsi MAI meliputi peningkatan teknologi, modal insan, rantaian bekalan, jangkauan pasaran dan sektor lepas jualan bagi semua pihak berkepentingan dalam industri automotif. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mai.org.my

Untuk Maklumat Lanjut:

Hubungi : Sarah Mamat

No Tel : 011-26900611

Email : sarah@mai.org.my

 

Hubungi : Mohd Ainuddin B Ibrahim

No Tel : 0194717673

Email : nudin@mai.org.my

 

LEAVE YOUR COMMENT