Home Career Enhancement & Job Opportunities Kemahiran Yang Diperoleh Sendiri Boleh Diiktiraf Melalui IPC-PPT
Kemahiran Yang Diperoleh Sendiri Boleh Diiktiraf Melalui IPC-PPT

Kemahiran Yang Diperoleh Sendiri Boleh Diiktiraf Melalui IPC-PPT

0
0

Terdapat banyak perniagaan bengkel kenderaan yang diasaskan oleh peniaga kecil. Perniagaan yang lazimnya dimulakan berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang mungkin diturunkan daripada seorang rakan atau ahli keluarga yang lebih berpengalaman, ataupun dipelajari sendiri tanpa melalui proses pembelajaran formal, dan tidak mendapat sebarang pengiktirafan walaupun memiliki kemahiran tinggi.

Di bawah Dasar Automotif National (NAP2014), sektor lepas jualan ditingkatkan bagi memastikan kenderaan diselenggara menggunakan kaedah yang menepati standard dan selamat bagi pengguna.

Pensijilan kemahiran memberi keyakinan bahawa proses pembaikan dan servis memenuhi standard yang telah digariskan.

Abdul Samad dengan anaknya (Amirul Nizam) memegang Piala Best Award yang dianugerahkan kepada mereka.

 

Usia tidak menjadi penghalang untuk mendapat pengiktirafan pengalaman yang ditimba. Begitulah kata Abdul Samad bin Sungef (55), seorang graduan cemerlang program “Industry led Professional Certificate-Pentauliahan Pencapaian Terdahulu” (IPC-PPT) Tahap 3. Beliau turut dinobatkan anugerah “Best Award (Senior)” pada tahun 2016.

Lebih-lebih lagi, dua orang anaknya, Abdul Amirul Nizam bin Abdul Samad (25) dan Abdul Amirul Naim bin Abdul Samad (27) mengikut jejak langkah ayah mendapat sijil SKM Level 3. Amirul Nizam dikreditkan sebagai pemenang anugerah “Best Award (Junior)” dan merupakan antara penerima anugerah yang paling muda pada tahun tersebut (umur 23).

Pada tahun 2013, Institut Automotif Malaysia (MAI) telah dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai badan peneraju industry (Industry Lead Body) bagi pembangunan kemahiran di dalam sektor automotif.

Abdul Samad menerima Sijil Kemahiran Malaysia di Majlis Konvokesyen Sijil Kemahiran Malaysia 2016

 

Bagi tujuan ini, MAI telah merangka program MAI-PPT (Pengiktirafan Pencapai Terdahulu) dan MAI-SLDN (Skim Latihan Dual Nasional). Ini memberikan peluang kerjaya melalui pelbagai laluan.

Program-program ini distruktur khas untuk mengiktiraf kemahiran individu seperti yang digariskan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) berdasarkan pengalaman dan pencapaian kerja. Peserta diiktiraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berdasarkan pengalaman atau latihan.

Bila ditanya tentang program IPC-PPT, Abdul Samad berkata, “Antara faedah yang paling bermanfaat kepada saya ialah keupayaan program ini untuk memberikan seseorang individu pengiktirafan tanpa perlunya kefahaman teori yang mendalam. Pada mulanya saya meragui diri saya kerana saya dah tua, tidak mempunyai masa mahupun kapabilti untuk menyerap ilmu yang kompleks tetapi tidak sangka pula, penilaian diukur mengikut kemahiran yang saya miliki”.

Abdul Samad di kawasan bengkelnya.

 

Namun begitu, ini tidak bermakna teori itu tidak penting. Beliau mejelaskan bahawa pengamalan Standard Operating Procedure (SOP) membawa kepada peningkatan kualiti kerja dari segi keselamatan dan ini menghasilkan impak yang positif ke atas perniagaannya. Tambahan pula, sijil SKM yang dianugerahkan kepadanya selepas selesai program IPC-PPT dianggap sebagai punca perkembangan perniagaannya.

Dari kiri: Abdul Samad, Amirul Nizam, Nor Faiza binti Mansor (Pegawai Kanan, bahagian Lepas Jualan MAI) dan Amirul Naim di Majlis Konvokesyen Sijil Kemahiran Malaysia 2016.

 

“Sijil SKM ini bukan sebuah sijil yang biasa tetapi merupakan bukti kebolehan kemahiran saya. Dengan ini, pelanggan saya yakin akan kebolehan saya dalam bidang automotif dan ini membawa kepada jumlah pelanggan yang lebih tinggi”, ujar Abdul Samad, yang juga dikenali sebagai Wak.

 

Amirul Nizam menerangkan serba sedikit tentang pengalamanya.

 

Amirul Nizam berkata, “Elemen yang jauh lebih penting untuk saya, untuk pekerja muda dalam sektor automotif ialah kewujudan peluang pekerjaan yang dicipta oleh pengiktirafan ini. Ini kerana sijil tersebut mempunyai nilai yang tinggi”.

Amirul Nizam tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang automotif namun selepas selesai pengajiannya dalam program IPC-PPT, dia telah mendapat tawaran daripada pelbagai syarikat yang dominan dalam industri automotif.

 

Gambar graduasi Abdul Samad.

 

Abdul Samad turut mengambil kesempatan untuk menggalakkan semua pekerja dalam bidang automotif menyertai program yang bermanfaat ini. Bagi beliau, pembelajaran itu tidak berhenti selagi masih hidup. Kefahaman teori itu penting tetapi pengalaman itulah yang menjadi penilai kepada hasil kerja kita, tetapi, tanpa pengiktirafan, pengalaman seseorang itu susah diukur.

 

Gambar graduasi Amirul Nizam

Anak-anak Abdul Samad turut berbangga atas pencapaian bapanya. Rancangan masa depan bengkel ayahnya sudahpun dirangka dan mereka teruja untuk menyaksikan hasil mereka menjadi realiti.

“Pada masa akan datang, kami berharap bengkel ini boleh menjadi sebuah ‘perniagaan keluarga’, dimana kita boleh membantu masyarakat dari segi servis. Buat masa sekarang, saya ingin menimba pengalaman yang lebih luas kerana saya masih muda dan saya yakin semua ini tidak akan di sia-siakan” kata Amirul Nizam.

 

Piala Best Award yang dimenangi oleh Abdul Samad dan Amirul Nizam.

 

Perjalanan mereka tidak berakhir di sini. Ketiga-tiga mereka akan meneruskan penjelajahan mereka dalam program IPC-PPT untuk mendapatkan sijil SKM Level 4.

“Saya harus berterima kasih kepada MAI kerana memberikan saya kesempatan untuk sampai ke tahap yang saya berada sekarang. Tanpa pengiktirafan tersebut, semua ini tidak akan terjadi. Walaupun ia hanya sebuah sijil nilainya tidak boleh diukur”, ujar Wak.

 

Amirul Nizam dengan idolanya, Abdul Samad.

 

Pada masa ini, Abdul Amirul Nizam sedang bekerja dengan Puspakom di Johor Bahru sebagai seorang pemeriksa kenderaan dan abangnya pula, Abdul Amirul Naim sedang bekerja sebagai seorang penasihat perkhidmatan di Tan Chong UD Truck, Gombak. Ayah mereka pula, Abdul Samad sedang mengoperasi bengkel di rumahnya, di Kampung Padang Balang, Sentul.

Untuk maklumat lanjut, sila menghubungi:

Nor Faiza binti Mansor, Pegawai Kanan, bahagian Lepas Jualan

H/P: 019-4191379

E-mail: autoaftermarket@mai.org.my

 

 

 

tags:

LEAVE YOUR COMMENT