Home Community / Opinion ISU & MASALAH : Satu Proses Pembangunan Kapasiti
ISU & MASALAH : Satu Proses Pembangunan Kapasiti

ISU & MASALAH : Satu Proses Pembangunan Kapasiti

0
0

Sering kali isu dan masalah di dalam syarikat atau di dalam kehidupan dilihat sebagai satu penghalang kepada sesuatu perjalanan, mahupun satu perlaksanaan aktiviti dan proses.

Baik di dalam entiti perniagaan, agensi kerajaan, jabatan serta unit di mana anda bekerja, isu merupakan sesuatu yang cuba dielakkan oleh setiap individu yang terlibat bersama ekologi setiap proses.

Namun, sejauh manapun kehendak kita untuk cuba menjauhi isu dan masalah, perkara tersebut seperti bayu yang tetap akan datang dengan pantas, jelas dan kadang kala sekilas.

Jadi, adakah mengelakkan isu dan masalah merupakan satu proses yang baik?

Rasanya tidak. Jika anda berada di bandar-bandar sepeti Milan dan Maranello, sukar bagi anda untuk mengelakkan diri dari terpandang Fiat atau Ferrari dan Piaggio.

Jika anda melalui Saville Row, sukar bagi kita mengelakkan diri dari memandang tubuh-tubuh yang disaluti Su Misura suit yang hebat, barangkali dari Turnbull & Asser, Anderson & Sheppard atau Campagna dan terbayang seolah-oleh Mr Thomas Crown berada di kiri dan kanan anda seperti cereka The Thomas Crown Affair.

Isu dan masalah sebenarnya boleh diberikan perspektif yang lebih positif. Klien yang kurang berpuashati dengan layanan dari syarikat kita atau tidak seronok dengan kedaan produk atau perkhidmatan yang diberikan sebenarnya boleh dijadikan sebagai satu Kajian Pasaran dan Validasi Pasaran; secara percuma.

Warga syarikat yakni pekerja kita perlu diberikan maklumat tentang kajian pasaran serta validasi dari klien atau pengguna dan juga prospek.

Rungutan, email, teks, mesej, surat dan kecaman perlu disalurkan kepada unit “Market Intelligence” bagi memperhalusi maklumat yang diterima.

Pasti tidak semua rungutan dan masalah itu boleh diambil secara total namun saringan data dan input wajar diberikan perhatian dengan begitu serius.

Pembudayaan kepada setiap pekerja tentang keseronokan menerima masalah sebagai proses Kajian Pasaran dan dengan itu para pekerja akan melihat bahawa setiap rungutan itu merupakan satu peluang keemasan bagi proses penambahbaikan dan syarikat tidak perlu membayar wang untuk kajian khusus terhadap ‘Sampling” kerana syarikat sememangnya ada “samping” dari kalangan pengguna sebenar.

Kita boleh cuba mengaplikasikan konsep Turn Wounds Into Wisdom dan setiap luka syarikat sebagai parut yang boleh melontarkan syarikat kepada tahap yang lebih tinggi.

Persoalan Isu dan Masalah Vs Ruang dan Peluang ini amat bergantung kepada budaya sesuatu syarikat atau budaya diri kita sendiri.

Elemen yang sama boleh diterapkan didalam diri kita bagi melaksanakan KAIZEN terhadap jati diri kita sendiri.

Peringatan ini merupakan satu peringatan buat diri saya dan terfikir bagi diri ini untuk berkongsi agar mendapat manfaat dariNYa, insyaALLAH.

Azad Jasmi adalah Pengarah Eksekutif TAJ International College. Beliau juga adalah jurulatih program MAI Workshop Transformation Programme (WTP)

Penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis

LEAVE YOUR COMMENT

Close