Saturday, 18 November 2017
A+ R A-
Friday, 20 October 2017 02:00

Perkasa segmen automotif

Written by
Rate this item
(0 votes)

Kuala Lumpur: Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Malaysia Industrial Development Finance Bhd (MIDF) menjalankan kerjasama strategik bagi membangunkan Program Pembangunan Industri 4.0 MAI-MIDF untuk memperkasakan rantaian industri automotif tempatan ke arah lebih berdaya saing membabitkan teknologi semasa.

Menerusi kerjasama itu, MAI menyediakan modul pembangunan kapasiti iaitu Program Kecemerlangan Pembekal Automotif (ASEP) dan Sistem Produksi Lean (LPS) bagi meningkatkan produktiviti antara operasi pembuatan vendor dan mencipta vendor bertaraf global untuk lebih kompetitif serta menjadikan industri automotif tempatan lebih mampan.

Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari berkata, MIDF akan menyediakan dana pembiayaan sehingga RM200 juta kepada 120 syarikat menyertai program berkenaan antara 2018 dan 2020.

Beliau berkata, vendor yang memuktamadkan Program ASEP dan LPS layak untuk mendapatkan dana pembiayaan berkenaan bagi melaksanakan pembuatan pintar dan aktiviti yang membabitkan industri 4.0.

“Ada empat strategi utama dalam kerjasama ini iaitu bagi meningkatkan tahap automasi, meningkatkan pengeluaran, transformasi bengkel dan integrasi bengkel di Malaysia.

“Industri automotif penting kepada industri pembuatan Malaysia kerana memberi peluang pekerjaan kepada 700,000 tenaga kerja dan lebih 700 vendor serta menjana RM40 bilion atau 3.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya selepas menandatangani kerjasama strategik itu di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Isham Ishak yang menyaksikan majlis berkenaan dan Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Datuk Mohd Najib Abdullah mewakili syarikatnya menandatangi kerjasama strategik itu.

Industri 4.0 membabitkan operasi automasi digital serta terdapat sembilan perkara utama dalam kemajuan teknologi antaranya penggunaan robot, data besar analitik, internet segalanya (IoT), keselamatan siber, perkomputeran awan serta sistem bersepadu.

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2017/10/274792/perkasa-segmen-automotif

Read 100 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.