Sunday, 22 October 2017
A+ R A-
Thursday, 21 September 2017 07:22

Naza Quest semak jualan Cherolet

Written by
Rate this item
(0 votes)

David Ting (dua dari kanan), Usman Ali (kanan) dan Mohd. Farid

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Naza Quest Sdn. Bhd. me­ngurangkan sasaran jualan kenderaan Chevrolet di Malaysia kepada 600 buah tahun ini berbanding sasaran asal 1,000 buah pada awal tahun.

Naib Presiden Naza Quest, Mohd. Farid Rosli berkata, semakan se­mula itu dibuat kerana syarikat ingin menjadi konservatif dan realistik dalam berdepan keadaan ekonomi serta industri yang mencabar.

“Sejak tujuh bulan lalu, pasaran automotif negara adalah agak lembab. Ini adalah masanya pemain industri perlu merancang semula strategi contohnya de­ngan pengenalan varian baharu.

“Setakat ini Naza Quest telah menjual 300 buah kenderaan Chevrolet dan menjangkakan tambahan lagi 300 buah bagi baki tahun ini,” katanya pada pelancaran varian Colorado X di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Naza, David Ting dan Pengarah Kewangan kumpulan tersebut, Usman Ali.

Naza Quest melancarkan tiga varian baharu iaitu Colorado X, Colorado X-Urban dan Colorado X-ADV dengan harga bermula RM114,437.48 sebuah.

Ketiga-tiga varian itu dikuasakan oleh enjin turbo diesel Duramax 2.5 liter yang sama, namun perbezaan utama adalah daripada reka bentuk luaran bagi meme­nuhi keperluan berbeza pelanggan.

Mohd. Farid berkata, sebahagian besar atau 80 peratus daripada jualan syarikat disumbangkan oleh Colorado dan itu adalah sebab mengapa Naza Quest memfokuskan kepada model ber­kenaan.

“Naza Quest me­ngadakan pelbagai penambahbaikan, selain berusaha untuk meningkatkan kehadiran model Colorado ini di Se­menanjung kerana ia lebih popular di Sabah dan Sarawak,” katanya.

http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/naza-quest-semak-jualan-cherolet-1.527671

Read 132 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.