Monday, 25 September 2017
A+ R A-
Thursday, 13 July 2017 09:57

AucNation Synergy, MAI lancar sistem pemeriksaan kenderaan

Written by
Rate this item
(0 votes)

CYBERJAYA: AucNation Synergy Sdn Bhd (AucNation Synergy) dan Institut Automotif Malaysia (MAI) melancarkan Sistem Pengurusan Pemeriksaan Kenderaan (VIMS).

Perkhidmatan baharu untuk memacu industri kenderaan terpakai itu dijangka dapat menyokong Dasar Automotif Negara (NAP).

VIMS adalah perkhidmatan pemeriksaan berasaskan web menawarkan dua analisis iaitu Analisis Visual (VA) yang menggunakan Pen Based Computer (PBC) dan Analisis Diagnostik (DA) menerusi peranti On-Board Diagnostic 2 (OBD 2).

VA akan meliputi pemeriksaan kerangka utama kenderaan, bahagian luaran dan dalaman serta komponen asas mekanikal, manakala DA memberi tumpuan kepada pemeriksaan hayat subsistem kenderaan, termasuk enjin dan transmisi.

Data daripada analisis akan disimpan dalam pelayan web dan mudah didapati apabila diperlukan.

Pelanggan juga akan menerima Sijil Pemeriksaan VIMS bagi tempoh sah 90 hari dalam masa 48 jam.

Dikuasakan oleh Automobile Inspection System (AIS) Jepun dan disokong MAI, VIMS direka untuk menyediakan persijilan sah yang menitikberatkan kualiti kenderaan terpakai dan kenderaan terpakai import (recond) menerusi analisis visual serta diagnostik yang komprehensif.

VIMS dilancarkan oleh Pengerusi AucNation Synergy, Datuk Nik Izani Nik Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Naib Presiden Eksekutif Kanan AucNet Inc Japan, Chiaki Fujino; Presiden AIS Inc Japan, Hirofumi Goto; dan Ketua Pembangunan Perniagaan Malaysia Industrial Development Finance Bhd (MIDF), Datuk Mohamad Razali Mohamad Rahim.

https://www.bharian.com.my/node/301763

Read 121 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.