Saturday, 18 November 2017
A+ R A-
Thursday, 13 July 2017 09:39

Gabungan bidang mekanik, elektronik

Written by
Rate this item
(0 votes)

Gabungan bidang mekanik, elektronik

MEKATRONIK ialah hasil gabungan sinergi cabang utama iaitu mekanik, elektronik dan sistem kawalan dan sains komputer.

Anda meminati kombinasi beberapa bidang kejuruteraan ini?

Jika ya, Skim Perantisan Mekatronik (MAS) ditawarkan Sekolah Automasi / Mekatronik, Auto Prima College beralamat di No 23-G Jalan Kemuning Prima 33/B, Kemuning Utama, Shah Alam, Selangor, ini boleh jadi pilihan.

Ketua Program khusus ini, Abdul ‘Alim Abdullah berkata, selain memenuhi syarat kelayakan memohon ke program ini iaitu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 17 hingga 23 tahun, beberapa kriteria lain berkaitan boleh menjadi panduan.

"Mereka mempunyai minat dalam pembelajaran berasaskan teknikal dan vokasional, serta mempunyai misi dan visi untuk terus maju ke depan dan bercita-cita tinggi untuk berjaya dan cemerlang, antara faktor penting.

"Penuntut lepasan kursus ini biasanya dapat banyak permintaan ke industri  automasi," katanya.

Menurutnya, kursus ini menjadi pilihan utama pemohon masuk ke Auto Prima kerana ia mendapat tajaan penuh (biasiswa) Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), tiada bayaran balik seperti pinjaman pembelajaran lain, malah 100 peratus jaminan kerja setelah tamat latihan oleh Majikan Penaja.

 'Alim memberitahu, kolejnya telah menjalankan kursus ini lebih 10 tahun, selain lebih daripada 30 syarikat-syarikat dalam industri yang menjadi panel dan bekerjasama dengan Auto Prima.

Difahamkan, MAS juga menawarkan elaun sebanyak RM500 sebulan sepanjang tempoh pengajian dan latihan oleh majikan penaja (percuma).

Penuntut juga akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & Tahap 3 oleh Jabatan Pembangunan Manusia (JPK), Sijil Skim Perantisan oleh PSMB dan Sijil Juruteknik Auto Prima College.

Selain Mekatronik, program lain ditawarkan ialah Kursus Automotif, Elektrik dan Instrumentasi (SKM Tahap 2, 3 & DKM Tahap 4) dan Kursus Autotronik (Diploma Vokasional Malaysia).
Tenaga pengajar

Muhammad Syazni Usari, 20, penuntut pengkhususan Skim Perantisan & SKM Mekatronik Tahap 2 (MC-091-2:2013) berkata, antara faktor menariknya belajar di Auto Prima kerana mendapat tajaan (biasiswa) majikan, serta 100 peratus jaminan pekerjaan.

"Tenaga pengajar juga tidak lokek berkongsi ilmu dan mesra. Kemudahan pembelajaran di sini lengkap dan ia membantu memudahkan kami.

"Sejujurnya, saya rasa lebih cenderung ceburi industri pengeluaran sebagai juruteknik sokongan teknikal, sebaik tamat belajar nanti," katanya.

Seorang lagi penuntut, Kartina Athira Mohd Subri, 25, juga mengambil pengkhususan sama menyifatkan pembelajaran berkenaan tidak susah, kerana tenaga pengajar amat memahami dan membantunya dengan tunjuk ajar.

 Merasakan bidang mekatronik tidak sesukar dijangka, namun dia tidak menafikan pada permulaan pembelajarannya sedikit kekok kerana majoriti penuntut adalah lelaki.

"Tetapi lama-kelamaan saya makin selesa dan yakin belajar di Auto Prima. Tambahan pula ahli keluarga saya juga berlatar-belakangkan teknikal.

"Sebenarnya saya sedikit sangsi pada permulaannya, tetapi saya turut merujuk kepada Guru Kaunselor Sekolah, dan mereka sokong saya sepenuhnya.

"Seperti saya maklumkan sebelum ini, semua ahli keluarga saya mempunyai latar belakang dalam bidang teknikal. Tiada kerisauan, saya rasa terjamin kerana selepas sahaja tamat pembelajaran nanti, kami dijanjikan jaminan 100 peratus dalam industri," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/kampus/gabungan-bidang-mekanik-elektronik-1.701264

Read 171 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.