Home Career Enhancement & Job Opportunities Iktiraf Kemahiran Anda Dalam Sektor Automotif Melalui IPC-PPT
Iktiraf Kemahiran Anda Dalam Sektor Automotif Melalui IPC-PPT

Iktiraf Kemahiran Anda Dalam Sektor Automotif Melalui IPC-PPT

0
0

Jika anda mempunyai kemahiran yang diperolehi melalui pengalaman bekerja, kemahiran anda boleh diiktiraf melalui program Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (MAI IPC-PPT).

MAI IPC-PPT adalah satu kaedah untuk mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) melalui pengalaman terdahulu (kerja atau latihan), tanpa perlu menduduki peperiksaan.

Insitut Automotif (MAI) telah dilantik sebagai “Industry Lead Body (ILB)” oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk melaksanakan “Industry led Professional Certificate-Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (IPC-PPT) program untuk sektor automotif.

Pengiktirafan SKM diklasifikasi berdasarkan tahap-tahap berikut:

Tahap SKM:

  • SKM Tahap 1 – Satu tahun pengalaman bekerja
  • SKM Tahap 2 – Dua tahun pengalaman bekerja
  • SKM Tahap 3 – Tiga tahun dan ke atas pengalaman bekerja
  • Diploma Kemahiran Malaysia – 5 tahun pengalaman kerja
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia – 7 tahun pengalaman kerja

 

Yuran:

  • RM 300.00

*300 peserta pertama bakal mendapat potongan RM100.00

 

Syarat kelayakan:

  • Minimum satu tahun pengalaman bekerja
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Memenuhi syarat Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan Malaysia (NOSS)

 

Prosedur:

  • Perdaftaran dihantar melalui google form
  • Kaunseling dan Penilaian oleh JPK dan MAI
  • Kelas IPC-PPT (Empat hari):
  1. Sektor Pembuatan – Pengenalan mengenai Lean Production System (LPS)
  2. Sektor Selepas Jualan – Introduction of Automotive Aftermarket Technologies
  • Pembangunan portfolio
  • Verifikasi oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
  • Persijilan SKM

 

Faedah mendapat pengiktirafan melalui MAI IPC-PPT:

  • Bimbingan semasa proses pembangunan portfolio secara langsung dari JPK dan MAI
  • Pendedahan kepada industri automotif
  • Sijil kemahiran yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  • Laluan kerjaya dan pembangunan kendiri setanding kelayakan akademik.

 

Maklumat lanjut serta pendaftaran, layari pautan ini: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd5XVIs7NFrklzkDw-NN9Hm_McT9nKdmnTp9tkEP-CL1QJsfQ/formResponse

Sebarang pertanyaan, anda juga boleh hubungi pegawai bertugas MAI, En Azlihafiz di hafiz@mai.org.my atau ditalian 012 9720469.

 

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close