Home Events Hari Terbuka MAI: Peluang Warga Sabah Untuk Memeriksa Kenderaan Secara PERCUMA!
Hari Terbuka MAI: Peluang Warga Sabah Untuk Memeriksa Kenderaan Secara PERCUMA!

Hari Terbuka MAI: Peluang Warga Sabah Untuk Memeriksa Kenderaan Secara PERCUMA!

0
0

Sabtu ini, Hari Terbuka MAI akan membuka peluang kepada rakyat Sabah untuk mendalami industri automotif tempatan, dan mengenali program-program anjuran Institut Automotif Malaysia (MAI). Ia akan berlangsung pada 15 September 2018, bertempat di Dewan Foo Chow, Penampang, Sabah. Program ini bakal dirasmikan oleh YB Tuan Darell Leiking, Menteri MITI.

Dengan ini, MAI akan menganjurkan program “Car Care Week” (CCW), sebuah program yang dirangka khusus untuk pengguna kenderaan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan dan penyelenggaraan kenderaan berkala.

Pemeriksaan kenderaan berkala merupakan satu aspek yang penting untuk diamali oleh semua pengguna kenderaan kerana ia mampu meningkatkan jangka umur sesebuah kenderaan di samping memastikan keadaan kereta berada pada tahap yang selamat. Program CCW anjuran MAI bukan hanya meliputi aspek fizikal kenderaan tetapi juga aspek penggunaan minyak dan lain-lain.

“Sektor lepas jualan di dalam ekosistem perindustrian automotif adalah amat penting bagi mewujudkan suasana perniagaan dan mempertingkatkan ekonomi tempatan. Sektor ini akan memberikan fokus lebih kepada sudut keselamatan pengguna dari segi komponen ganti kenderaan baharu mahu pun yang dikilang semula, akan diuji mengikut piawaian keselamatan yang bakal ditetapkan . Ini akan dipromosi dan dilaksanakan secara berperingkat termasuk pemeriksaan kenderaan kenderaan berkala”, kata Dato’ Madani Sahari, CEO MAI.

Pemeriksaan kenderaan di pameran CCW akan meliputi 21 aspek kenderaan ataupun, “21 Points of Inspection”. Ini terdiri daripada minyak enjin, bateri kereta, lampu serta cermin kereta dan sebagainya. Tambahan pula, pemeriksaan kenderaan akan dilaksanakan oleh mekanik-mekanik yang terlatih dan berpengalaman. Pengunjung Hari Terbuka MAI tidak perlu risau kerana pemeriksaan kenderaan di pameran CCW hanya mengambil masa sebanyak 10-15 minit. Lebih-lebih lagi, setiap pengunjung pameran CCW akan menikmati baucer bernilai RM50 daripada Bengkel F1 Montis!

“Perkhidmatan pemeriksaan kenderaan secara percuma ini telah meningkatkan kesedaran saya tentang kepentingan penjagaan kereta dari segi yang lebih mendalam. Walaupun hanya percuma, banyak komponen kereta diperiksa dan ini merupakan sesuatu yang memanfaatkan pengguna kereta di kawasan ini”, kata Ubaidillah bin Sahroni dari Bagan Datuk, seorang pengunjung MAI Auto Festival 2018 yang dianjurkan oleh MAI pada bulan Mac lepas.

Antara maklumat yang perlu diketahui oleh pengunjung ialah:

  • Hanya kereta (termasuk MPV dan SUV) akan dibenarkan melalui pemeriksaan.
  • Kereta yang menjalani pemeriksaan perlu didaftar di bawah nama pemandu kereta tersebut.
  • Satu nombor plat pendaftaran hanya dibernarkan untuk melalui pemeriksaan sekali sahaja.

Dengan ini, Mai ingin mengambil kesempatan untuk menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa memastikan keadaan kenderaan berada pada tahap yang baik dan selamat. Jumpa anda di pameran Hari Terbuka MAI pada 15 September 2018 di Dewan Foo Chow, Penampang, Sabah!

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close