Home Events Hampir 2,000 Pengunjung Peroleh Manfaat Dalam Sektor Automotif di Hari Terbuka MAI – Sabah  
Hampir 2,000 Pengunjung Peroleh Manfaat Dalam Sektor Automotif di Hari Terbuka MAI – Sabah   

Hampir 2,000 Pengunjung Peroleh Manfaat Dalam Sektor Automotif di Hari Terbuka MAI – Sabah  

0
0

 

Hari Terbuka MAI anjuran Malaysia Automotive Institute (MAI), berlangsung pada 15 September 2018, bertempat di Dewan Foo Chow, Penampang, Sabah. Program ini dirasmikan oleh YB Tuan Darell Leiking, Menteri MITI.

HARI TERBUKA MAI SABAH PELUANG KERJAYA SEKTOR AUTOMOTIF

MAI adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Hari Terbuka MAI dianjurkan bagi membawa pengenalan kepada industri automotif tempatan dan program-program anjuran Institut Automotif Malaysia (MAI) terus kepada warga Sabah.

Sekitar 2,000 pengunjung telah membanjiri Hari Terbuka MAI. Para pengunjung Hari Terbuka MAI meliputi pelbagai peringkat umur seperti lepasan sekolah, graduan universiti serta para usahawan. Ini kerana, program-program anjuran MAI tidak hanya mengfokuskan kepada satu aspek sahaja, malahan program-program ini dirangkum mengikut 4 tonggak MAI; peluang kerjaya, peluang perniagaan, peluang peningkatan kerjaya dan peluang pemerkasaan perniagaan.

HARI TERBUKA MAI SABAH PELUANG KERJAYA SEKTOR AUTOMOTIF

Tambahan lagi, program-program ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tenaga kerja yang seiring dengan kehendak industri automotif terkini, menerusi latihan teori dan praktikal secara langsung dengan kerjasama daripada pihak industri. Lebih 200 belia Sabah telah berdaftar bagi program-program yang dipromosikan di Hari Terbuka MAI seperti IPC Pengilangan, AICE Industri Automotif dan IPC Mekanik.

Bagi mereka yang sudah pun berkecimpung di dalam industri automotif, terdapat juga program khusus untuk meningkatkan kemahiran melalui latihan dan pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia. Program latihan ini juga disediakan bagi mereka yang berumur seawal 16 tahun dan ke atas.

Paling menarik, biasiswa penuh bagi bakal-bakal sarjana melalui dana berjumlah RM 500,000 ditawarkan. Tambahan pula, dana berjumlah RM 500,000 ditawarkan bagi calon-calon ijazah kedoktoran, dengan peluang penyelidikan di Australia.

HARI TERBUKA MAI SABAH PELUANG KERJAYA SEKTOR AUTOMOTIF

Hari Terbuka MAI turut membuka peluang usahawan tempatan mendalami program para keusahawanan bagi meningkatkan prestasi perniagaan. Program-program yang ditawarkan meliputi aspek keusahawaan seperti peningkatan jualan dan keuntungan serta teknik-teknik pemasaran secara digital. Antara program tersebut ialah, Workshop Transformation Program (WTP), Dealers Entrepreneurship Enhancement Program (DEEP) dan Pemasaran Digital.

HARI TERBUKA MAI SABAH PELUANG KERJAYA SEKTOR AUTOMOTIF

HARI TERBUKA MAI SABAH PELUANG KERJAYA SEKTOR AUTOMOTIF

Di samping itu, para pengunjung dapat berinteraksi secara terus dengan pegawai bertugas program, perkongsian pengalaman serta bimbingan telah diberikan disana.

HARI TERBUKA MAI SABAH PELUANG KERJAYA SEKTOR AUTOMOTIF

Pengunjung ke Hari Terbuka MAI juga ditawarkan pemeriksaan kereta secara percuma anjuran MAI, “Car Care Week” (CCW). CCW merupakan suatu program yang dirangka khas untuk pengguna kereta, dan ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemeriksaan kenderaan secara berkala.

HARI TERBUKA MAI SABAH PELUANG KERJAYA SEKTOR AUTOMOTIF

Tambahan lagi, panduan penjagaan turut diberikan kepada semua pengunjung oleh mekanik-mekanik terlatih. Justeru itu, pemilik kenderaan dapat mengenali keadaan kenderaan mereka dengan lebih mendalam serta memperoleh pelbagai info keselamatan. Pengunjung program CCW juga diberi baucar daripada Montis F1 Workshop bernilai RM50.

HARI TERBUKA MAI SABAH PELUANG KERJAYA SEKTOR AUTOMOTIF

“Salah satu komponen penting dalam membawa industri automotif ke peringkat global adalah penyertaan rakyat di dalam industri ini. Penyertaan ini tidak terhad hanya kepada mereka yang berkecimpung di dalam industri ini sebagai peniaga ataupun pekerja, malahan budaya dan minat yang tinggi dalam sektor automotif di kalangan rakyat jelata,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Tuan Ignatius Darell Leiking.

“Trend global juga sedang menuju ke arah pembuatan kenderaan berteknologi tinggi, yang bakal meluaskan lagi skop kemahiran yang diperlukan oleh industri automotif di masa hadapan. Banyak peluang baharu yang bakal muncul seperti analisa data, pengurusan inventori, pemeriksaan kenderaan mahupun modifikasi aksesori kenderaan,” tambahnya lagi.

HARI TERBUKA MAI SABAH PELUANG KERJAYA SEKTOR AUTOMOTIF

Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Dato’ Madani Sahari menyahut seruan Menteri MITI di dalam membuka lebih banyak peluang kerjaya seiring dengan keperluan industri.

“Terdapat lebih dari 700,000 ribu pekerja di dalam sector automotive pada hari ini. Lebih ramai lagi tenaga mahir diperlukan untuk membawa Malaysia ke peringkat seterusnya – dengan menjana lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi melalui pemerkasaan syarikat-syarikat automotif yang mempunyai keupayaan daya saing yang lebih tinggi,” kata Dato’ Madani.

HARI TERBUKA MAI SABAH PELUANG KERJAYA SEKTOR AUTOMOTIF

Lebih 30 cabutan bertuah telah dimenangi oleh para pengunjung, pemenang hadiah utama telah membawa pulang sebuah motosikal. Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang.

HARI TERBUKA MAI SABAH PELUANG KERJAYA SEKTOR AUTOMOTIF

Penyampaian sijil serta surat tawaran Workshop Transformation Program (WTP) dan surat tawaran Industry LED Professional Certifcate (IPC) kepada warga sabah yang telah sertai program-program anjuran MAI turut berlangsung di Hari Terbuka MAI.

Majlis penyampaian sijil disampaikan oleh YB Tuan Darell leking diiringi oleh YBHG. Datuk Isham Ishak, Ketua Setiausaha MITI, YB Jennifer Lasimbang, Pembantu Menteri Kerajaan Negeri Sabah, Tuan Robert Stidi, Pegawai Daerah Penampang, Dato’ Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif MAI.

 

 

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close