Home Industry Development EEV terbaru BMW, model 530e Sport Hybrid pertama dengan teknologi eDrive.
EEV terbaru BMW, model 530e Sport Hybrid pertama dengan teknologi eDrive.

EEV terbaru BMW, model 530e Sport Hybrid pertama dengan teknologi eDrive.

0
0

BMW Group Malaysia (BGM) perkenalkan BMW 530e Sport pertama dengan Teknologi eDrive yang menjadikan sedan mewah saiz pertengahan itu model kelima dalam barisan BMW iPerformance di Malaysia.

BMW 530e Sport serba baharu menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 48km dengan pecutan maksimum mencecah 140km/j – terbaik dalam kelasnya dengan menggunakan bahan api sekitar 2.01/100km dan emisi CO2 yang rendah iaitu 46g/km

Pemanduan eDrive menawarkan  tiga pilihan mod: AUTO eDrive, MAX eDrive dan BATTERY CONTROL.
• AUTO eDrive – Menggabungkan kuasa enjin pembakaran dan motor elektrik, membolehkan kereta dipandu sejauh 80km menggunakan mod elektrik sepenuhnya.
• MAX eDrive – Bergantung sepenuhnya kepada kuasa elektrik yang mampu mencapai kelajuan maksimum 140kmj.
• BATTERY CONTROL – membolehkan pemandu menggunakan bateri voltan tinggi secara manual dengan menetapkan tahap caj untuk digunakan pada pemanduan elektrik sepenuhnya.

55% model keseluruhan BMW di Malaysia ialah kenderaan hybrid dengan teknologi eDrive, BMW Group Malaysia terus komited ke atas rancangan Malaysia – (NAP2014) untuk mengurangkan kepadatan karbon sebanyak 40% menjelang tahun 2020 yang diumumkan pada tahun 2014.

“Strategi utama Malaysia untuk melangkah ke arah mobiliti rendah karbon adalah menerusi kerjasama antara industri secara menyeluruh. Semua ini akan meningkatkan keyakinan pengguna ke atas kewujudan kenderaan eletrik dan plug –in-hybrid.

Pada masa yang sama, GreenTech Malaysia akan terus menambah jumlah stesen pengecasan ChargeEV di seluruh negeri.” Ujar Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Malaysian Green Technology Corporation, Dr. Mohd Azman Zainul Abidin.

bmw2

 

BMW 5 Series ini dilengkapi dengan teknologi keselamatan seperti Park Assist, Lane Change Warning, Blind Spot Monitor dan BMW ConnectedDrive.

BMW 530e Sport baharu dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder sebaris BMW TwinPower Turbo berseseran 2.0 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 184hp dan tork 320Nm.

BMW 530e Sport berharga RM 343, 800.00.

* Harga atas jalan, tanpa insurans

bmw3bmw4

 

tags:

LEAVE YOUR COMMENT