Home Uncategorized Showcase on Connected Mobility (Jerayawara Mobiliti Terhubung)

Showcase on Connected Mobility (Jerayawara Mobiliti Terhubung)

0
0

SHOWCASE ON CONNECTED MOBILITY – 26 APRIL 2018

Through the Transformasi Nasional 2050 (TN50), the digital economy will be a key focus in order to enhance the livelihood of Malaysians through high value employment and business opportunities.

In order to achieve this goal, Malaysians must be empowered through the spurring of high impact technology sectors, giving them opportunities and space to procure and develop career and entrepreneurship paths at a global playing field.

Such opportunities have been created through the automotive industry. Since the National Automotive Policy 2014 was announced four years ago, Malaysia’s path towards global competitiveness has become ever more clearer, seen in the numerous industry achievements.

Today, more than 50 percent of new vehicles sold in Malaysia are Energy Efficient Vehicles (EEVs). Vehicles have become more competitively priced, with more safety features protect Malaysians on the road. Employment in the automotive sector has grown tremendously, while exports of automotive parts and components have increased year on year since the NAP2014 was announced.

While the achievements have been astounding, they are only the foundations of developing an economy of global standards. Our appetite as a nation to be a leader in the global digital economy continuously grows, and it is time for Malaysia to take the next step.

This vision is called Connected Mobility.

This next step will transform Malaysia into a leader for connected mobility. This industry will span across all government functions, industry and business sectors and remodel human capital needs towards meeting the aspirations of Malaysians as journey towards the year 2050.

Connected mobility will transform the lifestyle of Malaysians of all walks of life. It will integrate your daily routines into our transportation, and open up new possibilities and frontiers to make our work and play more productive, comfortable and purposeful in a way we have never thought of.

Imagine Malaysia as the leader in invention and innovation of products and services based on connected mobility – an industry that brings to the world new technology and products such as connected cars, smart cities, intelligent shared transportation, smart manufacturing, telematics, and artificial intelligence.

On 26 April 2018, the Prime Minister will reveal this vision through a showcase that will map out of Malaysia’ transformation towards the Mobility industry.

The event will be livestreamed on this page.

 

____________________________________________________________

 

JERAYAWARA MOBILITI TERHUBUNG – 26 APRIL 2018

Melalui gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50), ekonomi digital akan menjadi fokus di dalam usaha mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia dan bakal tercapai melalui peluang pekerjaan dan perniagaan yang bernilai tinggi.

Dalam usaha mencapai matlamat ini, pemerkasaan rakyat harus diusahakan melalui sektor teknologi berimpak tinggi, dimana ianya dapat membuka peluang pekerjaan serta ruang untuk membina karier dan hala tuju keusahawanan di arena global.

Peluang-peluang tersebut telah dilahirkan melalui industri automotif. Rentetan dari pengumuman Dasar Automotif Nasional 2014 empat tahun yang lalu, hala tuju Malaysia ke arah menjadi sebuah negara berdaya saing global menjadi lebih jelas dan dapat dilihat daripada kejayaan industri terkini yang memberangsangkan.

Pada masa ini, lebih 50 peratus daripada kenderaan baru yang dijual di Malaysia adalah kenderaan cekap tenaga (EEV). Kenderaan kini mempunyai harga yang lebih kompetitif dan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang mampu melindungi rakyat Malaysia sewaktu kegunaan di jalanraya. Kadar pekerjaan dalam sektor automotif didapati amat memberangsangkan dan pengeksportan alat ganti serta komponen automotif juga menunjukkan peningkatan sejak pengumuman NAP2014.

Walaupun pencapaian tersebut amat mengagumkan, ia hanya merupakan asas kepada sebuah ekonomi berpaksikan piawaian global. Keinginan negara untuk menjadi pemimpin ekonomi digital dunia sentiasa meningkat, dan kini tibalah masa untuk Malaysia mengorak langkah seterusnya.

Visi ini digelar, Mobiliti Terhubung.

Langkah seterusnya bakal mengubah Malaysia menjadi pemimpin mobiliti terhubung. Jangkauan industri ini akan merentasi keseluruhan fungsi kerajaan, industri dan sektor perniagaan serta membentuk semula keperluan modal insan kearah memenuhi aspirasi Rakyat menuju ke-2050.

Mobiliti terhubung juga disasarkan mengubah gaya hidup setiap lapisan masyarakat Malaysia. Ia bakal mengintegrasi rutin harian ke dalam sistem pengangkutan, sekaligus membuka potensi dan persempadanan dalam menjadikan pekerjaan kita lebih produktif, selesa dan bermakna.

Bayangkan Malaysia sebagai pemimpin rekacipta dan innovasi produk dan perkhidmatan berasaskan mobiliti terhubung – sebuah industri yang menzahir dan memperkenalkan kepada dunia, teknologi dan produk seperti kenderaan terhubung, bandar pintar, pengangkutan perkongsian pintar, pembuatan pintar, telematik , dan kecerdasan buatan (AI).

Pada 26 April 2018, Perdana Menteri akan membentangkan visi ini melalui sebuah jerayawara yang menerangkan transformasi Malaysia ke arah Mobiliti Terhubung.

Acara ini akan disiarkan secara langsung di laman ini.

tags:

LEAVE YOUR COMMENT