Home Career Enhancement & Job Opportunities Peluang Kerjaya Bagi Lepasan SPM Melalui IPC
Peluang Kerjaya Bagi Lepasan SPM Melalui IPC

Peluang Kerjaya Bagi Lepasan SPM Melalui IPC

0
0

IPC (Industry-Led Professional Certificate) adalah salah satu program pembangunan modal insan anjuran MAI yang dibangunkan bersama pihak industri. IPC bertujuan melahirkan operator dan juruteknik berkemahiran tinggi, melalui modul latihan yang spesifik dan juga latihan praktikal di kilang (On-job training).

Program ini adalah sebahagian daripada Pelan Halatuju Pembangunan Modal Insan Malaysia (MAHCR), selaras dengan Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP 2014), yang menyasarkan Malaysia sebagai hab serantau bagi kenderaaan cekap tenaga (EEV) menjelang tahun 2020.

Program MAI – IPC (Industry Led Professional Certificate), telah mencapai lebih daripada 200 kumpulan (batch) baru-baru ini. Sehingga kini, program ini telah memberi latihan kepada lebih 20 ribu graduan yang kini telah diserap ke dalam industri automotif.

Pekerja mahir yang dilahirkan oleh IPC akan memenuhi keperluan industri dalam menghadapi cabaran pembuatan kenderaan dan komponen, yang pada hari ini memerlukan kepakaran teknologi yang tinggi. Program IPC distrukturkan untuk menghasilkan tenaga kerja dengan pelbagai kemahiran khas dalam industri automotif, yang merangkumi bidang pembuatan hingga lepas jualan.

Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Dato’ Madani Sahari berkata, “Dalam tempoh enam bulan IPC, pelatih didedahkan kepada pengetahuan asas industri, proses-proses pengilangan dan budaya kerja industri automotif. Selepas latihan pelatih akan diserap ke dalam industri sama ada di pengilang kereta (OEM), vendor, pusat servis dan lain-lain. Kebanyakan graduan IPC ditawarkan gaji permulaan yang lebih tinggi disebabkan pendedahan yang diterima semasa menjalani program IPC.”

Malaysia memberi penekanan khusus kepada pembangunan modal insan untuk menjana tenaga kerja mahir yang berpendapatan tinggi, Sektor automotif dijangka akan mewujudkan lebih 180,000 pekerjaan baru menjelang tahun 2020.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai program IPC, atau ingin mengambil graduan IPC untuk bekerja dalam sektor automotif, sila hubungi pegawai MAI bertugas, Azlihafiz di talian 0129720469 atau melalui email; hafiz@mai.org.my

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close