Home Events Aktiviti-aktiviti Menarik Menanti Warga Perak di MAI Auto Festival 2018 Minggu Ini
Aktiviti-aktiviti Menarik Menanti Warga Perak di MAI Auto Festival 2018 Minggu Ini

Aktiviti-aktiviti Menarik Menanti Warga Perak di MAI Auto Festival 2018 Minggu Ini

0
0

MAI Auto Festival yang bermula pada 30 Mac sehingga 1 April 2018 merupakan program anjuran Institut Automotif Malaysia (MAI).

MAI Auto Festival 2018 diharap meningkatkan kesedaran dan pendedahan kepada orang ramai berkaitan peluang pekerjaan dan perniagaan di dalam industri automotif, seterusnya, memupuk penglibatan rakyat Malaysia di sekitar Bagan Datuk, Perak dalam penggunaan dan pengeluaran Kenderaan Cekap Tenaga, atau EEV (Energy Efficient Vehicles).

Festival ini bakal dirasmikan oleh YAB. Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, di SMK Hutan Melintang, Bagan Datuk, Perak pada 31 Mac 2018, Sabtu.

Aktiviti serta pameran lebih dari 50 syarikat yang berkecimpung dalam industri automotif semestinya menyajikan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga. Seiring dengan peranan MAI Auto Festival diadakan, berikut merupakan aktiviti-aktiviti menarik yang harus anda kunjungi di sana:

Pameran dan Jualan Kenderaan

Ingin membeli kereta baharu? Pameran dan jualan kenderaan di MAI Auto Festival mempamerkan kenderaan terkini oleh 12 pengeluar dan pengedar kenderaan. Pelbagai jenama kenderaan di bawah satu bumbung bukan sahaja dapat menjimatkan masa, malahan, memberikan para pengunjung peluang membandingkan jenama kenderaan serta membantu membuat pilihan yang tepat serta optimis.

Pemeriksaan Kenderaan Percuma

Sebagai pengguna yang bijak, pemeriksaan kenderaan secara berkala mestilah diberi perhatian bagi memastikan kenderaan sentiasa ditahap keselamatan optimum. Manfaatkan masa anda dengan mendapatkan pemeriksaan kenderaan percuma bagi kenderaan berjenama Proton dan Perodua di MAI Auto Festival – melalui program Car Care Week anjuran MAI. Tambahan lagi, pengunjung yang yang membuat pemeriksaan di pusat Care Care Week juga berpeluang memenagi hadiah-hadiah menarik disana.

Pameran dan Temuduga Kerjaya

Seiring dengan pembangunan pesat di dalam industri automotif, bakat bakat berkemahiran amatlah diperlukan bagi memastikan daya saing automotif negara bertaraf global. Oleh yang demikian, kami menganjurkan pameran dan temuduga kerjaya bagi mereka yang ingin memulakan kerjaya dalam bidang automotif kepada lepasan SPM sehingga graduan lepasan universiti. Peluang dan temuduga kerjaya dalam sektor automotif berlangsung sepanjang 3 hari festival pada 3:00 petang sehingga 6:00 petang.

MAI Auto Festival 2018 menyajikan pelbagai akitiviti-aktiviti lain seperti pandu uji pelbagai jenama kenderaan, 4×4 Off Road Challenge, Konsert Rock oleh artis ternama; perkhidmatan pusat transformasi komuniti bergerak, food truck, pameran & jualan hasil industri tempatan, larian automotif, pertunjukkan BMX, majlis zikir fikir perdana dan lain lain. Tambahan lagi, ruangan dan aktiviti untuk kanak-kanak juga diadakan.

 

Aturcara program bermula 30 Mac 2018 – 1 April 2018 seperti dibawah:

 

 

 

 

 

 

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close