Home Events 6 Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Dalam Kereta Semasa Perjalanan Balik Kampung
6 Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Dalam Kereta Semasa Perjalanan Balik Kampung

6 Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Dalam Kereta Semasa Perjalanan Balik Kampung

0
0

Setelah berpuasa selama sebulan, akhirnya, sudah tiba masanya untuk meraikan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga! Namun begitu, perjalanan balik ke kampung boleh mengambil masa yang lama. Kebanyakan kita akan merenung ke luar tingkap kereta, sambil menanti tibanya destinasi yang dituju.

Kebosanan boleh dielakkan semasa perjalanan balik kampung, jika kita tahu caranya. Sebenarnya, perjalanan sebeginilah merupakan peluang untuk melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan! Kami telah menyenaraikan beberapa perkara mudah yang boleh anda lakukan untuk semasa perjalanan yang panjang.

  1. Bermain permainan klasik

Sebelum kemunculan tablet dan telefon bimbit, penumpang akan mengisi masa dengan bermain permainan dalam kereta. Ia bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga malah dapat  Permainan ini merupakan kaedah yang menyeronokkan untuk berinteraksi dengan keluarga. Peserta dikehendaki bertindak dengan cepat dan berfikir secara kreatif.

Antara contoh permainan klasik yang boleh dimainkan dalam kereta adalah:

  • Pengimbasan Abjad – Imbas tanda-tanda, plat kenderaan dan papan iklan untuk huruf abjad. Sesiapa yang dapat mencatatkan semua huruf, A melalui Z, adalah pemenang. Sila rujuk di SINI.
  • “Scavenger Hunt” – Sebelum perjalanan balik ke kampung, catatkan senarai barang, orang dan tempat kemudian berikan semua orang senarai tersebut. Sesiapa yang dapat cari semua barang, orang, dan tempat yang disenaraikan, akan dipilih sebagai pemenang. Sila rujuk di SINI.
  1. Berinteraksi dengan penumpang

Perkongsian cerita, atau pengimbasan kembali kenangan serta peristiwa lucu dapat menyeronokkan lagi perjalanan anda.  Manfaatkan masa ini untuk mengenali seseorang dengan lebih rapat, atau berkongsi pendapat mengenai isu-isu semasa untuk mengisi masa.

  1. Membaca buku

Jika anda rasa hendak menikmati aktiviti yang menyenangkan diri, anda boleh membaca buku untuk mengisi masa lapang. Bawa sekurang-kurangnya beberapa buku yang anda suka mengikut genre kegemaran anda.  Membaca merupakan salah satu kaedah yang efektif untuk mengatasi kebosanan sekaligus dapat menimba ilmu.

Pilih sebuah buku yang topiknya tidak memerlukan tumpuan terlalu banyak. Membaca di dalam kereta boleh membuatkan sesetengah orang berasa mual. Sekiranya anda berasa sedemikian, berehat seketika.

  1. Mendengar lagu

Muat turun lagu kegemaran anda ke dalam peranti mudah alih supaya dapat mendengar lagu kegemaran pada bila-bila masa. Anda juga boleh menggunakan aplikasi seperti Spotify, iTunes, atau JOOX untuk menyalurkan pilihan lagu-lagu “hit” yang tiada batasnya.

  1. Menyanyi bersama-sama

Mainkan muzik melalui radio kereta dan bernyanyi bersama-sama! Anda juga boleh mengajar keluarga anda beberapa lagu yang baru. Selain itu, anda juga boleh memberi peluang kepada kanak-kanak untuk cuba menulis lagu mereka sendiri. Ini boleh merangsangkan minda mereka supaya suasana dalam kereta kekal tenteram dan aman.

  1. Menggunakan kelebihan teknologi

Kini, ia merupakan perkara biasa bagi setiap individu untuk memiliki pelbagai peranti elektronik. Daripada telefon bimbit kepada konsol permainan mudah alih, peranti-peranti ini mampu memberi keseronokan sepanjang perjalanan anda.

Jika anda mempunyai telefon pintar atau “tablet”, muat turun beberapa permainan yang anda suka untuk mengisi masa lapang semasa perjalanan balik ke kampung. Selain itu, dengan adanya aplikasi seperti Netflix dan Spotify, rancangan dan muzik kegemaran anda hanyalah di hujung jari.

Cadangan-cadangan di atas hanyalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan semasa perjalanan panjang. Walau bagaimanapun, ia adalah penting untuk memastikan keselamatan di jalan raya, terutamanya semasa memandu, diperhatikan.

Dapatkan rehat yang mencukupi jika anda berasa penat semasa perjalanan pulang ke kampung.

Kami di MAI ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin! Pastikan keselamatan anda diutamakan.

tags:

LEAVE YOUR COMMENT

Close