Home Industry Development ASEAN NCAP – Membolehkan Pengguna Kenderaan Membuat Pilihan Lebih Baik
ASEAN NCAP – Membolehkan Pengguna Kenderaan Membuat Pilihan Lebih Baik

ASEAN NCAP – Membolehkan Pengguna Kenderaan Membuat Pilihan Lebih Baik

0
0

*Artikel terjemahan bahasa melayu bagi ASEAN NCAP – Allowing Better Informed Choices

Setiap tahun, lebih daripada setengah juta kenderaan baharu berdaftar di Malaysia. Bagi memastikan keselamatan pengguna di jalan raya terjamin, perhatian yang lebih terperinci harus diberikan kepada pengeluaran kenderaan yang dilengkapi dengan sistem-sistem keselamatan yang lebih baik.

Semua kenderaan perlu lulus syarat-syarat yang ditetapkan melalui proses Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) yang dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) (di Malaysia) bagi memastikan kenderaan yang berada di atas jalan raya mematuhi tahap keselamatan dan standard pemeliharaan alam sekitar yang ditetapkan di Malaysia.

*Sumber gambar: Facebook rasmi ASEAN NCAP

Walau bagaimanapun, bagaimanakah tahap keselamatan sesebuah kenderaan ketika kemalangan berlaku? Disinilah peranan utama ASEAN NCAP.  Program penilaian kenderaan baharu untuk Asia Tenggara (ASEAN NCAP), ditubuhkan pada tahun 2011,  yang merupakan program penarafan tahap keselamatan kenderaan yang diperkenalkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Global New Car Assessment Program (Global NCAP).

Tahap keselamatan sesebuah kenderaan akan dinilai melalui ujian pelanggaran untuk mengukur kemampuan sesebuah kenderaan untuk melindungi penumpang ketika kemalangan. Penarafan bintang ASEAN NCAP menentukan keselamatan kenderaan yang dinilai dari skala satu hingga lima; lebih banyak bintang, lebih selamat sesebuah kenderaan itu. Semasa ujian kemalangan, penilaian akan dibuat berdasarkan perkara-perkara berikut:

 

*Sumber gambar: Facebook rasmi ASEAN NCAP

Penarafan dibahagikan kepada 2 kategori;

  1. Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP)
  2. Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP)

Penarafan adalah seperti berikut;

  1. AOP (50%)
  2. COP (50%)

*Sumber gambar: Facebook rasmi ASEAN NCAP

Tambahan pula, keperluan-keperluan pengujian kenderaan adalah dikelaskan mengikut segmen, di mana segmen berbeza mempunyai berat dan kelajuan berbeza yang memerlukan ujian terperinci.

Terdapat panduan umum yang telah ditetapkan untuk organisasi-organisasi di seluruh dunia. Setiap NCAP mempunyai hak untuk menetapkan syarat-syarat tambahan bagi memastikan kenderaan yang dihasilkan mencerminkan kehendak di suatu rantau mengikut cara pemanduan pengguna.

Berikut merupakan senarai NCAP di dunia :

1.Global NCAP

2.ASEAN NCAP

3.Latin NCAP

4.ANCAP

5.Euro NCAP

6.JNCAP (Japan)

7.C-NCAP (China)

8.KNCAP (Korean)

9.IIHS (Insurance Institute for Highway Safety)

Inisiatif NCAP ini adalah selaras dengan Dasar Automotif Nasional (NAP2014) yang menggariskan keperluan perlindungan kepentingan pengguna dengan menawarkan produk yang lebih selamat dan berkualiti pada harga yang kompetitif. Teknologi Bantuan Keselamatan (Safety Assist Technology – SAT) membantu mencegah dari berlakunya pelanggaran serta ditawarkan dengan harga yang kompetitif. Sebagai contoh, Perodua Myvi Baharu dilengkapi dengan Advanced Safety Assist (ASA) yang berharga pada RM 55,300.00 sahaja.

*Sumber gambar: Perodua Myvi produk video

Oleh kerana saiz yang kecil berbanding kenderaan lain, penunggang motosikal adalah kumpulan yang paling terdedah kepada risiko kemalangan berpunca daripada titik buta. Ujian perkembangan titik buta ialah berasaskan protokol ASEAN NCAP 2017-2020 di mana teknologi tersebut termasuk di bawah domain Safety Assist yang merupakan sebahagian daripada aspirasi MIROS untuk mengurangkan kadar kematian di dalam rantau ASEAN.

“Ujian ini juga mempersiapkan kita untuk mencapai halatuju masa hadapan bagi tahun 2021-2030 yang mengutamakan keselamatan motosikal dengan adanya domain khas di dalam penilaian di masa akan datang,” kata MIROS.

Ketahui lebih lanjut mengenai Ujian Pelanggaran Kenderaan & ASEAN NCAP.

 

 

 

LEAVE YOUR COMMENT

Close